Tuesday, March 3, 2009

orang buta dan teksi

hujan yang lebat membuatkan KL banjir.
seperti biasa bila KL banjir,
terowong SMART akan tutup,
jalan mana mana pun pasti akan sesak,
sesak yang tak bergerak!

saya terpaksa balik naik LRT
dari LRT ambil teksi balik rumah.
perhentian teksi agak penuh,
beratur panjang.

teksi agak banyak, cuma sebab hujan,
banyak tempat yang mereka tak pergi.
tiba tiba satu keluarga buta muncul,
suami isteri dan dua anak perempuan
lebih kurang 11 dan 12 tahun.
suami isteri itu buta sepenuhnya.
dan mereka di pimpin oleh anak anak mereka,
beratur di hujung barisan.

dalam renyai hujan hati saya tersentuh,
saya tahu mesti lama baru sampai giliran
mereka untuk menaiki teksi.
saya lihat ada lebih kurang 6 7 orang lagi depan saya
menunggu giliran. mahu saja saya menyuruh mereka bagi
giliran mereka pada keluarga buta tersebut,
tapi saya menunggu, mana tahu ada orang orang di depan
yang bermurah hati. namun sehingga giliran saya tiba
tiada seorang pun yang bermurah hati untuk memberi giliran
pada keluarga tersebut.

tiba giliran saya, saya lambai pada anak kecil mereka
dan suruh mereka beratur di depan saya. ramai mata yang
memandang. saya tak tahu apa maksud pandangan mata mereka.
tak puas hati atau mungkin mereka tak perasan kehadiran
keluarga buta tersebut? hanya ALLAH yang maha mengetahui.

sikap rakyat kita masih lagi sama,
tidak banyak berubah,
bila nampak orang orang kurang upaya
mata mereka seolah olah rabun,
mata mereka jadi buta tiba tiba.
buat semua pembaca entry ini
sematkan dalam diri, hati dan fikiran
" aku kena bantu mereka, kerana siapa tahu mungkin aku, anak anak aku
atau cucu cicit aku akan menjadi seperti mereka satu masa nanti. sematkan dalam diri rasa keprihatinan kita sebagai manusia. tak perlu banyak, cukuplah hanya 5% dalam diri masing masing"

8 comments:

~tuah.rimbun~ said...

LRT bandar tasek selatan??
mmg ramai org buta..
mata mereka, tapi sungguh celik mata hati..

dulu kdg2 terlintas dihati nk tumpangkan mereka dgn kereta saya..
tapi hajat tak kesampaian atas urusan majikan & masa..

semuga satu niat saya tercapai...

Nur Farina Abdullah said...

tuah rimbun.

harap2 apa yg anda impikan terlaksana
satu masa nanti.

en_me said...

moga keikhlasanmu membawa rahmat.. hi cek farina tewww.. salammms dr me dikejauhannns

Anonymous said...

Semoga ada lagi banyak orang yang murah hati cam kak....

>>>Khalil

MILLENNIUM2U said...

Baiknya kakak ni, tak sangka, nampak wajah garang, tapi hati baik, tak sangka pula kakak dah banyak kemajuan since FEB 2000 yang lalu...semoga kakak maju dalam segala lapangan (selain lapangan tennis)

Terima kasih atas segalanya

KeMatZ said...

begitu mulia hati anda...
taksangkaye....
terharu membacanya

Nur Farina Abdullah said...

hi kematz...
entry nie ttg kehidupan kan?
jadikan terharu awak tu sebagai
jalan pembuka utk jd masyrakat yg prihatin ye...

jgn asyik x sangka jer...
:p

Anonymous said...

tahniah!!!!

bersyukurlah kerana dirimu masih diberi kesempatan untuk merasa ikhsan dan impati pd yg mereka yg dhaif...

lihatlah pd mereka yg terpedaya dgn kesombongan dan kebodohan ...

tahniah!!!!