Monday, March 9, 2009

ketenangan & Rm 38

hampir 3 hari dunia saya hanyalah sebuah bilik kecil, laptop, wifi, tv dan majalah.
keluar sebentar untuk ke klinik dan tekanan darah yang sering kali rendah menjadi tinggi. 185 untuk kali pertama, dan kali kedua turun 172. saya sendiri terkejut.
saya migrain, demam selsema dan ulcer mulut. puncanya? puncanya saya tak boleh lelapkan mata hampir dua malam. (masalah pribadi- usah di tanya kenapa)

doktor bekal kan antibiotik, ubat migrain dan ubat selsema berserta ubat tidur. dengan harapan saya boleh tidur. saya juga mengharapkan begitu. badan saya terasa lesu dan kering gara gara tidak tidur.

selama 3 hari terperap dalam bilik, saya hanya berbaring, berfikir dan membaca. saya akui saya tenang walau hati agak kosong dan sedih. kesedihan makin bertambah bila saya mahu bersolat, baru saya sedar yang saya tidak membawa kain sembahyang. masyaallah... hati saya sebak dan airmata saya menitis. bantuan seorang teman amat saya hargai kerana membawakan kain sembahyang untuk saya. kepada Allah tempat saya memohon agar diberikan ketenangan dan petunjuk.

dari tingkap bilik, saya boleh lihat dengan jelas LEGEND dan SERI PACIFIC hotel dan stesen LRT pwtc. sungai yang naik air minggu lepas jelas di depan mata. itulah hiburan dan ketenangan fikiran saya. melihat LRT bergerak adalah sesuatu yang melekakan.

hari ini saya terasa mahu berjalan jalan ambil udara segar di luar, bersiap ala kadar saya berjalan perlahan lahan menuju ke the mall. agak meriah. bermacam macam promosi sedang di adakan untuk bakal bakal raja sehari. tak sampai 10 minit tangan saya sudah penuh dengan segala macam kertas kertas promosi.

hajat hati mahu mencari majalah "ujang" (majalah nie biasanya akan saya beli bila dah habis exam atau waktu saya tengah di landa masalah)jadi berpusing lah saya dalam the mall mencari "ujang" mujur jumpa. lalu depan kedai bunga mata saya terpandang sekuntum "mawar merah". sebab semalam adalah hari wanita jadi saya beli untuk di hadiahkan pada diri sendiri. RM 6 saya dpt sekuntum mawar merah. cantik dan hati saya seronok sendiri.

ronda ronda sampai tingkat 3 the mall terlihat satu promosi tentang facial dan massage. normal price RM 168. tapi sebab hari nie hari cuti umum, jadi facial, massage badan dan terapi kaki hanya RM 38. murah kan? saya masuk bertanya dan pekerja di situ mengiyakan apa yang saya katakan. RM 38 untuk urut badan, facial dan terapi kaki? saya teruja. saya yang memang sedang tertekan bersetuju untuk bersantai santai di situ. jadi hari ini badan saya agak segar dari selalu sebab dapat berurut, cuci muka dan terapi kaki. terapi kaki guna ikan ikan kecil yang akan gigit gigit manja kaki kita. mula mula takut juga tapi lama lama rasa sedap pula. dengan suasana yang cantik dan nyaman buat saya rasa tenang.

balik bilik saya agak segar dan rasa lebih tenang. lepas bersolat maghrib saya duduk berselawat dan berfikir. hati saya sayu rindukan seseorang. ujian Allah turunkan pada saya terlalu banyak. dan saya akui saya bukanlah orang yang kuat dan tabah untuk mengharungi semua ujian yang datang. kadang kadang saya kalah! itulah saya.

usai solat isyak saya menadah tangan supaya urusan saya esok di permudahkan dan andai itulah bahagia yang telah ALLAH jadikan buat saya, insyaallah akan saya terima dengan hati yang ikhlas. buat semua yang membaca entry ini, doakan urusan saya esok di permudahkan yer. terima kasih

5 comments:

KeMatZ said...

hemm... hadapi semua dengan
senyuman...
take time untuk beriadah...
maybe lehhh hilang rasa stress
dan kekosongan itu....

Anonymous said...

Jangan risaulh kak..
everything will be ok..
kak mst tabah menghadapi segala dugaan..
u can do it..
mmg first2 rs ssh tp lm2 ok..
cm sy..

~tuah.rimbun~ said...

kamu perlukan masa untuk istirehat...
mungkin perlu menenangkan minda di pesisir pantai yg tenang..
ataupun menghayati deruan air terjun di kaki gunung...
mungkin cukup hanya untuk sehari sahaja...
ketenangan yg begitu berharga..

Nur Farina Abdullah said...

terima kasih pd semua yg mendoakan ketenangan diri saya...
insyaallah saya akan berusaha utk menjadi lebih kuat dan tabah

Anonymous said...

jngn begitu cik farina...
jagalah kesihatan anda sama