Wednesday, February 4, 2009

kebosanan

saya adalah kategori orang orang yang tak boleh hanya duduk saja saja
tanpa sebarang aktiviti. kebosanan akan segera hadir. kerana sudah terbiasa dengan segala aktiviti harian yang padat seperti ke kolej, masuk kuliah, siapkan tugasan dan hadiri segala mesyuarat serta aktiviti kolej telah membuatkan saya menjadi bagaikan ibu kucing kehilangan anak. gelisah dan resah tak tahu apa yang mahu di lakukan bila demam melanda.

sejak demam ulcer hampir seminggu yang lalu, saya hanya terperap di rumah,demam yang teruk buat saya terbaring tak bertenaga. nak makan tak boleh, nak bangun cergas cergas sangat pun kepala berdenyut nak pitam. akhirnya hanya laptop dan line tenet saja lah yang menghilangkan keresahan dan kegelisahan saya.

hati rindukan suasana kolej, lagi pula semester baru, baru saja bermula. kelas pertama saya dah dapat hadirkan diri. sedih juga sebenarnya hati, tapi dah Allah turunkan ujian buat saya, maka bersabar lah saya menerima ujian ini.

saya jenis orang yang kurang sangat sangat menonton tv. saya rasa macam tak ada apa yang menarik dengan rancangan di tv sekarang. dari menonton tv baik saya habiskan masa dengan surfing internet. baca berita online, blogging dan layan teman teman di ym. (blog yg mmg hari2 saya baca adalah blog prof kamil, kak roza, hampeh dan yg terbaru blog uncle kassim) jadi sedikit sebanyak kebosanan saya hilang.

harap harap esok saya dah boleh ke kolej dan masuk kelas seperti biasa. rindu sangat dengan dunia kolej dan semangat mahu mengekalkan 3.5 setiap sem masih membara. doakan saya sembuh ye. amin...

No comments: