Sunday, October 7, 2018

Sudah Tiba Masanya

Pertama Kali.

Mama papa tak follow Kimi rombongan sekolah.

Sebab apa???

Kimi sudah besar dan mama yakin Kimi matang boleh fikir mana baik mana buruk.

Mama yakin walau mana Kimi tercampak sekali pun selagi Kimi masih bersolat tanpa perlu disuruh atau diingatkan itu tanda Kimi sedar Kimi hanyalah seorang 'hamba' dan mama yakin orang yang menjaga solatnya adalah orang yang tahu menjaga diri.

Lagi pun sudah tiba masa mama belajar untuk akan ditinggalkan Kimi demi cita dan impian.

Ramai yang sangka mama tak akan lepaskan Kimi kemana2 kerana Kimi satu2nya anak mama.

Ramai yang fikir Kimi akan terus berada di bawah ketiak mama sehinggalah Kimi masuk Universiti.

Semuanya hanya persepsi semata.

Justru kerana Kimi seoranglah mama mahu Kimi lebih awal berdikari kerana sehingga saat ini Kimi tiada adik yang boleh Kimi berkongsi rasa. Segalanya Kimi harus hadapi sendirian.

Ramai yang tak percaya bila mama kata mama izinkan Kimi nak ke asrama kerana mereka kata anak seorang mestilah mama tak akan lepaskan.

Mana mungkin mama sedungu begitu!

Sampai bila mama mahu mengelek Kimi depan mata mama?

Lagi pulak Kimi anak jantan!

Perjalanan Kimi masih jauh,
Cabaran Kimi makin beranjau,
Kalau mama tak bersedia dari sekarang, BILA LAGI???

Bagi mama bila Kimi sudah baligh Kimi sudah dewasa. Bila sudah dewasa Kimi harus melangkah melakar perjalanan hidup Kimi demi sebuah kehidupan yang lebih baik dari mama dan papa.

Bukan mama tak sayangkan Kimi tetapi kerana sayanglah mama sanggup berjauhan.

Bukan mama tak rindukan Kimi tapi rindu ini adalah rindu yang akan membawa bahagia buat kita.

Dulu mama tak yakin lepaskan Kimi tanpa mama dan papa kerana waktu itu Kimi masih anak kecil. Solat Kimi pun kerana disuruh. Kimi solat pun kerana orang lain solat. Makanya mama tak yakin.

Namun masa berlalu, Kimi makin dewasa. Kimi tahu solat itu wajib kerana kita adalah hamba makanya mama yakin Kimi pandai membawa diri.

Bukan tak ada yang cuba momokkan mama dan takut2kan mama kunun2 tak yakin nak harapkan orang lain untuk menjaga anak kita. Katanya takut jadi apa2 kat Kimi.

Tapi bagi mama sampai bila nak kongkong Kimi? Itu tak boleh ini tak boleh. Nak kemana2 kena dengan mama papa sahaja sedangkan mama tahu Kimi mesti ada keinginan nak berjalan berseronok dengan kawan2 tanpa mama papa.

Takut2 mati masa bukan dibawah jagaan ibu bapa?

Anak yang dalam kandungan yang melekat di dinding rahim ibu pun ramai yang mati bila Allah menginginkan anak yang dalam kandungan itu mati.

Jadi kenapa perlu nak takut pada benda yang kita tak pasti? Kita lupa yang Allah itu wujud dan apa saja yang terjadi adalah atas kehendak-Nya dan punca kematian hanyalah sebuah asbab?

Justru itu mama lepaskan Kimi dengan iringan doa agar Allah menjaga Kimi seperti mana Kimi menjaga hubungan Kimi dengan Allah.

Cuma dengan kebebasan dan kepercayaan yang mama papa berikan janganlah dipersiakan kerana bukan semua ibu bapa mampu meletakkan kepercayaan kepada seorang anak.



Salam Sayang,
Mama Iman
5-8 Sept 2018

#abam iman ke langkawi#

No comments: