Monday, November 2, 2009

lama sungguh

memang lama blog ini tidak ada yang baru.
bukan tak ada cerita, bukan tiada kehidupan
tapi... hati saya kosong untuk bercerita dan berceloteh.
saya masih sihat, cuma tugasan dan tanggungjawab harian saya sebagai
seorang pelajar sedikit bertambah untuk semester ini kerana ini adalah semester terakhir saya.

projek akhir sudah bermula, dan saya sedar saya bukan lah manusia yang boleh bahagikan masa dengan baik. namun itu bukan bermakna saya tidak mahu berusaha menjadi pengurus masa terbaik. usaha saya masih mahu maju dalam menguruskan masa agar satu ketika nanti saya mampu melakukan sesuatu tugasan tanpa perlu menggunakan masa yang banyak.

doakan saya.

No comments: