Friday, June 25, 2010

Konvokesyen ke 15 KLMU




13 June 2010, akhirnya sekali lagi saya melangkah naik di atas pentas untuk menerima Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Teknologi Maklumat. Alhamdulillah, syukur sangat sangat kerana azam saya untuk selesaikan pengajian saya di peringakat ijazah sarjana muda sudah tercapai.

terselit perasaan bangga kerana saya akhirnya berjaya. biar pun harapan saya untuk melihat orang orang yang saya rindui hadir di hari bersejarah itu tidak tercapai, tapi saya cekalkan hati. walau ada beribu mata lain menyaksikan saya menerima ijazah itu namun dua pasang mata itu lebih saya nantikan, saya harapkan selama ini.

mungkin rezeki saya bukan untuk itu, saya berusaha untuk kuat, cekal dan tabah. selama inikan saya mampu untuk tabah, jadi kenapa tidak sekarang kan? :)

4 comments:

hansjoe@vip.syok.org said...

Terbaik dari Ladang.. :)
Tahniah..!!!

oyster cove said...

Tahniah. Akhirnya berjaya mendapat degree pada usia 29. Walaubagaimana pun ,,,usia bukan penghalang kepada azam.
jadi,,kak masih berazam nak jadi pensyarah ke? harap cita-cita kak farina tercapai juga.

Kamal705 said...

Sekalung tahniah buat anda sdri Nur Farina di ats kejayaan anda mendapat Ijazah..ttg dua mata tu..usah risau..ia tetap melihat dari jauh..teruskan hidup anda dan pastikan ianya bermakna utk anda di sini dan di sana..

suffer8zine said...

hyeppp klmunians