Tuesday, March 8, 2011

Pujian itu tidak salah

senyum, sengih atau ketawa adalah perkara paling mudah saya cetuskan tanpa perlu di buat2 atau di paksa2. segalanya tercetus tanpa perlu fikir tentang malu. malu kalau gigi kuning, malu kalau gigi rongak, malu kalau gigi berlapis2, malu kalau gusi tak cantik. syukur Alhamdulillah saya dikurniakan gigi dan gusi yg sempurna.kerana saya sedar saya di kurnia sifat yg cukup sempurna sebagai seorang manusia dan hamba Allah itu lah membuatkan saya sentiasa ingat pesanan arwah moyang, nenek, pakcik makcik dan kawan2 bahawa: jgn sekali sekala kita riak, takbur, sombong dan rasa gah dgn apa yg kita miliki. lumrah manusia suka di puji suka di di katakan yg indah2, namun sebagai manusia yg waras akal dan fikirannya kita haruslah berpada2 jika mahu memuji atau menerima pujian. pujian itu tak pernah salah namun yg salah itu adalah si pemuji atau si penerima pujian. ada sebilangan kecil manusia yg sgt suka jika di puji, itu tidak ada salahnya, tp jika sudah sampai tahap lupa diri sehingga pujian yg kecil mahu di gah kan sehingga mahu terbogelkan diri senidri, itu sudah tidak di lihat sebagai pujian tp di lihat lebih kepada riak. dan jgn kita lupa kdg kala kerana terlampau mahu menerima pujian dan berbangga, kita sudah di benci Allah krn itu. lupakah kita bahawa segala kesempurnaan itu adalah milik Allah? jika Allah tidak mengizinkan ia berada dalam diri kita ianya tak akan terjadi?

maka saya suka mahu ingatkan teman2 di sini: kadang kala jika kita terlalu membangga diri atau megah dgn apa yg kita ada, org keliling akan mencemuh kita krn sikap kita itu. bila jadi begitu, org mula mencari2 di mana kekurangan kita. biasanya kekurngan pertama yg org akan nampak adalah kekurangan otak kita utk berfikir. bahasa kasarnya BODOH. kedua mungkin baru mereka cari secara fizikal: mungkin kita mempunyai wajah yg sempurna, kulit yg cantik tetapi jari kita hanya 8 sehingga kita terpaksa sorok2kan jari kita sbb malu dgn kekurangan tersebut.
atau mungkin bentuk badan kita sempurna, slim, montok, mantap dan sebagainya tapi mata kita senget sebelah sehingga kita 24 jam berkaca mata hitam.
atau muka kita herot sebelah tp badan kita sgt cantik bentuknya.
atau badan kita mempunyai lekuk yg sgt2 mengancam tp gigi kita rongak, berlapis2, gusi tebal, jongos sehingga bila kita mahu ketawa atau senyum terpaksa tutup2 dgn tgn atau terherot2 bibir krn mahu menutupi kecacatan dlm mulut kita itu.

jadi biar sesempurna mana pun kita,usah riak, usah takbur bongkak dan meninggi diri mahu berbangga krn itu semua milik Allah dan malu lah pd diri sendiri krn kalau tiada Allah yg sudi pinjamkan semua itu buat kita, kita bukan lah sapa2 di dunia ini...

salam sayang buat semua
NFA

No comments: