Monday, August 15, 2011

Hari ke 15 Ramadhan

pejam celik pejam celik dah 15 hari saya berpuasa, kalian juga pasti berpuasa kan?
tp nampaknya saya hanya mampu berpuasa dan bertarawih sehingga puasa yang ke 15 sahaja, sebelum Allah Beri Cuti (ABC) buat saya. biasalah.. perempuan kan istimewa.

dulu walau saya tak berpuasa, saya tetap macam orang yang berpuasa, bangun sahur dan tak makan minum di sinag harinya. kununnya tak mahu lah mentang mentang tak puasa nak makan minum suka suka hati.

tapi baru baru ni saya mendengar tazkirah yang mengatakan jika kita tidak boleh berpuasa di sebabkan kelaur haid, kita kena makan dan minum mengikut yang sepatutnya. jangan seksa perut kerana ianya berdosa.

jadi kerana itu lah saya walau tak rasa nak makan, say amakan lah juga buat alas perut. saya tak mahu berdosa kerana hal hal kecik begini. hanya kerana tak mahu makan walau tak boleh berpuasa, tapi tercatit dosa buat saya.

jadi pada semua yang membaca tulisan ini, harap kalian faham ya, kita nie kadang kadang lupa yang perkara remeh begitu rupanya boleh menjadi punca berdosa.

salam sayang dan selamat berpuasa semua

No comments: