Thursday, January 15, 2009

Pusat Tuisyen MARTIN

balik dr makan malam tadi saya lalu depan rumah kedai
tgk jam dah pukul 10, kenapa ramai sangat budak2 kat bwh kedai nie?
sekali lihat remaja lingkungan 13-17 tahun.
apa pula aktiviti mereka malam2 nie?
rupa2nya baru abis tuisyen...

senyum saya tgk budak2 yg baru abis dr kelas tuisyen tu.
tau apa sbbnya saya senyum?
teringat zaman2 saya bertuisyen dulu.
seronok ada, sedih pun ada bila kenang2kan balik
macam mana saya boleh berada di tahap pendidikan setinggi sekarang nie.

sekitar tahun 2004 saya mula daftarkan diri di salah satu pusat tuisyen yg
agak terkenal di KL nie. PUSAT TUISYEN MARTIN di JALAN PUDU. betul2 satu bangunan dengan MAYBANK pudu.

saya dulu tak berpeluang nak ambik SPM di sebabkan masalah2 tertentu.
jd dari usia 16 tahun saya tidak lagi menjejakkan kaki ke sekolah.
sehingga lah usia saya 23 tahun saya kembali bersemangat untuk menjadi org yg
ada pelajaran dan meneruskan impian saya satu masa dulu. kalau tak boleh jadi peguam saya nak jadi pensyarah

jd pada tahun 2004 itu lah saya mula belajar balik, rutin harian saya berubah,
siang dan malam saya belajar bersungguh2 utk mengambil SPM. dalam masa setahun saya cabar diri saya untuk belajar subjek tingkatan 4 dan tingkatan 5 sekali gus.
walau ada yg menasihatkan supaya ambil setahun setahun, tp saya tak mahu buang masa.
dan selama setahun itu lah kawan2 saya adalah budak2 yg berumur 16 dan 17 tahun. yang saya paling rapat adalah diana daim. mana lah dia sekarang kan? dia banyak bantu saya sepanjang di pusat tuisyen MARTIN dulu.

perit mmg perit. kdg2 saya sendiri terkeliru, kelas sejarah yg saya masuk nie, tingkatan 4 ke atau tingkatan 5. namun dgn kerjasama semua cikgu2 di pusat tuisyen martin tu, saya mampu untuk teruskan cita2 saya. mereka tahu kesulitan yg saya hadapi. namun mereka sepenuh hati membantu.

hari penentu pun tiba, oral BM dan BI telah selamat saya lalui dan kini saya berdepan dengan peperiksaan SPM yg akan menentukan masa depan saya. saya masih ingat yg saya di tempatkan di sek men ST.GABRIEL di jalan kg pandan. selama SPM berlangsung di situlah saya habiskan masa dgn membaca apa yg patut.

keputusan SPM diumumkan, krn saya adalah calon persendirian result saya akan di pos ke rumah, lewat seminggu dr yg lain. namun seminggu itulah jantung saya tak pernah tenang. takut, risau, cuak dan gelabah. apa lah keputusan SPM saya nanti.
namun penantian yg mendebarkan berakhir dgn kegembiraan kerana dari 8 subjek yg saya ambil 7 darinya lulus cemerlang kecuali matametik. ( mmg saya agak lemah dlm kira2 )

Allah saja yg tahu gembiranya hati bila result SPM saya melayak kan saya utk memohon mana2 IPTA. jalan kejayaan terbentang luas di depan mata, saya cuma memilih. namun mungkin kerana bukan rezeki saya di IPTA saya menyambung DIPLOMA di IPTS (COSMOPOINT KOLEJ dulu tapi sekaarang dah di kenali dgn KUALA LUMPUR METROPOLITAN UNIVERSITY )

Dari DIPLOMA dan kini sedang menghabiskan pembelajaran ke peringkat DEGREE, saya rasa cukup gembira. satu persatu anak tangga kejayaan sedang saya daki dan akan terus saya daki sehingga KEJAYAAN akan menjadi milik saya satu masa nnt.

semoga ALLAH mempermudahkan urusan saya dalam menimba ilmu sama ada di dunia mahu pun akhirat. insyaallah...


::: buat DIANA DAIM dan semua guru2 yg pernah mengajar saya terutama di PTM jutaan terima kasih krn kalian byk memberi dorongan dan semangat utk saya berjaya walaupun agak terlewat :::

8 comments:

Syiqa Rahmat said...

Akak, saya ingat lagi satu benda ni..

tak taw la ni kata2 pujangga ataupun quote.

"sebatang pokok yang ambil masa yang panjang untuk tumbuh adalah lebih kuat dan teguh berbanding sebatang pokok yang hanya ambil masa yang singkat untuk tumbuh"

akak faham,kan? ;)

Syiqa tersentuh baca post akak ni.

Nur Farina Abdullah said...

hi syiqa,
itulah sedikit sebanyak liku2 yg akan
dah lalui utk berada di tahap spt sekarang.
terima kasih pd yg kuasa krn bg akak melalui warna warni kehidupan yg sebegini.
:-)

KeMatZ said...

tak sangka begitu unik perjalanan kehidupan awak dalam menimba ilmu... tak mengapa... umur bukan penentu untuk kita terus berjaya...

teruskan usaha anda... selamat berjaya...

Nur Farina Abdullah said...

:-)
terima kasih atas doa awak utk saya kematz

Anonymous said...

salam adik farina
penulisan yg hebat
akak rasa perjalanan hidup adik di warnai dgn pelbagai warna warni pelangi.

tersentuh hati akak bila baca entry yg ini.
adik mesti seorg yg kuat dan tabah kan?
teruskan berusaha dan akak akan doakan adik berjaya.

kak zai

Anonymous said...

salam farina....sekarang umur awak berapa tahun ya?
saya ingat selama ni saya agak lewat habis belajar...tetapi syukur akhirnya saya akan dapat pegang ijazah sarjana muda pada umur 25 tahun,kebanyakan rakan saya berumur 23 sudah graduate.mula-mula saya agak sedih kerana agak ketinggalan...tetapi selepas membaca coretan farina,saya menjadi lebih bersemangat untuk habiskan degree saya,tinggal satu semester saja lagi :)

Nur Farina Abdullah said...

salam yusnita
:-)
terima kasih coz sudi jenguk blog saya nie.
skrg umur saya 27.
saya dulu pun rasa sedih malu dan rasa mcm org pandang kita semcam saja.
tp bila di fikir2kan balik,
saya harus berbangga dgn semangat yg saya miliki. setelah hampir 7 tahun tinggalkan bangku sekolah, tiba2 ambil SPM dan lulus cemerlang. dan kini saya blh belajar setinggi mana yg saya mahu. ( saya kira tak semua org mampu kan yus?) itulah semnagat dan pendorong saya.

Anonymous said...

saya kagum!! sentiasa percaya pada diri sendiri dan berusaha pasti ada jalan untuk capai apa yg kita harapkan..