Friday, January 16, 2009

nenek dan ceriteranya



semalam saya pulang ke kampung.
bertolak seawal 8 pagi saya tiba sekitar jam 9 pagi.
(kesesakan yg teruk buat saya lambat)selalu setengah jam saya dah sampai di kampung.
( kampung saya hanya di selayang )sampai di rumah nenek, sunyi. pagar berkunci. parking kereta betul2 depan pintu rumah. salam di beri dan sepi.
erm... nie lah padahnya balik tak telefon dulu. mana pula pegi nenek nie? 3 4 kali salam di beri, baru ler bersambut, rupanya nenek baru sudah pakai baju.

pintu di buka, saya salam peluk dan cium nenek dan nenek akan menangis. dia akan dia cium pipi saya kiri dan kanan sambil berkata " kau nie mcm dah tak ada nenek, nenek tak mati lagi dah jarang dtg jenguk nenek, yelah nenek nie org tua buruk, busuk, hina" dan apa2 ler yg dia karut kan. ( biasanya air mata saya turut bergenang) kebetulan dia dah siap saya ajak dia minum pagi di luar. ( umah nenek mmg tak ada org kalau hari2 bekerja nie) dari wajah tua dia, terserlah yg dia seronok, cepat2 dia pakai anak tudung dan tutup pintu.

dalam kereta saya tanya mahu makan di mana? katanya teringin nak makan di pasar, meehoon soto. kebetulan saya juga rindukan suasana makan pagi di pasar. nenek harus di pimpin dan berjalan teramat perlahan krn mata kanannya sudah tertutup dan hanya bergantung pada mata kiri, itu pun kabur dan agak terang di sebabkan cermin mata.

dari parking ke dalam pasar sebenarnya dekat, tapi krn nenek tak larat nak berjalan laju dgn mata yg kabur, saya memimpin dan berjalan dgn langkah yg begitu kecil sekali. ( mcm pengantin )tapi saya seronok sbb nenek ceria dan senyum senyum sambil bercerita yg sudah lama tak ke pasar dan makan di pasar. ( dia bagaikan rindu utk duduk2 makan di pasar seperti waktu2 dia larat lagi )bercerita yg arwah atok juga selalu dtg ke pasar utk minum kopi dan mcm2 lagi cerita nya, sampai kdg2 saya sendiri lupa apa yg di ceritakan.

kami berdua order makanan yg sama. meehoon soto ayam dgn begedil kentang. saya teh-o ais dan nenek teh tarik. sudah meehoon soto nenek minta karipap kentang pula, saya mencari dan nenek makan, habis karipap mahu makan kuih lapis pula, mujur2 jumpa, saya bahagia tgk nenek makan sebegitu byk dan berselera. duduk2 di kedai makan sambil menghabiskan air minum nenek bercerita itu dan ini. tiba2 dia bertanya " kau dtg sini td naik apa dgn siapa?" terkedu saya kejap. ( nenek dah mula jd pelupa. sebak saya tgk dia mcm tu )

habis makan di ajak saya berjalan sekitar2 pasar. saya turutkan saja, ternampak org menjual lemang, mahu makan lemang pula. saya belikan. berjalan menuju ke kereta dia tanya lagi "kau tak makan ke ina?" ( saya senyum dgn airmata yg bergenang ) nenek nenek...

di rumah dia hanya duduk depan TV, melayan anak bapak di astro ria, rancak mulut dia bercerita. katanya dulu dia tgk anak bapak di panggung capitol. arwah atok nak tgk filem hindustan tp dia nak tgk filem melayu. saya tak tanya apa jadi bila dua org nak tgk filem yg berbeza. sambil baring2 depan TV saya terlelap. tersedar di sebabkan anak kucing peliharaan nenek yg bernama "cicak". agak hyper dan nakal. kaki saya di gosok2 dgn hidungnya yg basah. rambut saya di cakar2nya bila tgk rambut saya mengerbang di tiup angin kipas. saya yg terjerit2 ketakutan sbb takut tercalar kena kuku dia. saya lari dia kejar. nenek hanya senyum dan panggil si "cicak" yg mmg tak reti duduk diam. bila di beri makanan baru diam.

nenek berusia hampir 70 tahun, dgn anak seramai 13 org, nenek di sayangi oleh semua menantu2 dan cucu2nya yg hampir 40 org. tatkala raya umah dua tingkat nenek bagai nak runtuh di sebabkan cucu2nya akan berperang sesama sendiri. saya adalah cucu sulung nenek dan cucu yg paling bongsu baru 6-7 bulan.

waktu mahu pulang nenek masih juga keluarkan air mata waktu saya salam dan cium pipinya, sebak hati saya tgk dia mcm tu. kdg2 saya rasa baik tak payah salam sebab kalau saya salam dia pasti menangis. pesannya dtg lah lagi esok2. ( bukan saya tak mahu balik hari2 tp saya selalu fikir, kalau hari2 blk umah nenek, saya dah tak dpt nak rasa apa itu suasana balik kampung )

semoga allah tahu apa niat hati saya.

6 comments:

Syiqa Rahmat said...

wah

tersentuh baca entri ni :D

sayang betul akak dengan nenek akak ;)

nenek syiqa tinggal ngn syiqa

so, hari2 dengar dia membebel :P

Nur Farina Abdullah said...

hehe...
bebelan yg akan di rindui bila dia sudah tiada nnt...
:-(

KeMatZ said...

seronok orang ada nenek... kan...

Nur Farina Abdullah said...

seronok ler..

Anonymous said...

setiap kali balik umah nenek, pasti ditanya, "dah lupa jalan ke rumah embah (nenek) ye?"

huhuhuhuh

Nur Farina Abdullah said...

hihi...
itu juga soalan2 yg biasanya akan terkeluar dr Question Bank Nenek Ku.
:D

bergantung pd mood dia utk keluarkan soalan dan yg pastinya setiap soalan tidak pernah di bocorkan pada sesiapa...
huhu