Tuesday, April 7, 2009

4 dan 5 April...


"sedang menerima sijil dari Y.M Prof Di Raja Ungku A. Aziz"



"selepas acara convo"




MISS STARDUST OF THE NITE"



dua hari yang meletihkan,
di tambah pula dengan hati yang terkilan
perasaan sebak sering menganggu
air mata bergenang namun di tarik nafas dalam dalam
dan cuba telan segala kesedihan. saya cuba jadi kuat
dan terima segalanya.

4 april dari jam 3 petang saya sudah berada di dewan merdeka PWTC,
ada sesi raptai penuh untuk semua bakal graduan keesokan harinya.
agak ramai yang hadir dan beri kerjasama untuk kelancaran acara konvokesyen
esok. saya juga agak teruja dan gembira kerana berjumpa dengan teman teman sekuliah dulu. hampir jam 7 petang baru selesai semuanya.

malam sekitar jam 8 malam saya terus ke selayang rumah nenek, ada acara makan makan keluarga. namun saya agak tidak ceria dan keletihan. maka sekitar jam 10 malam saya sudah bertolak balik. sampai rumah sekitar jam 11 malam dan saya terus tidur kerana bakal graduan harus berada di PWTC selewat lewatnya jam 7 pagi keesokan harinya.
walau saya cuba lelapkan mata namun saya hanya terlelap sekitar jam 4 pagi. sebak dan sayu dalam hati saya hanya ALLAH saja yang tahu.

seawal jam 5:30 pagi pembantu rumah kejutkan saya dan saya terus bersiap siap dan sekitar jam 6:15 saya sudah bertolak ke PWTC. sebelum keluar rumah saya telan sebijik ubat tahan sakit sebab saya tahu saya demam dan sakit kepala.
saya pergi bersama orang yang saya sayangi, biar lah orang lain tak mahu hadir di hari saya terima sijil asalkan beliau ada bersama sama saya. saya pergi dengan hati yang sedih dan sayu. kala melihat teman teman lain bersama keluarga yang besar sebak menguasai diri. namun saya kuatkan hati dan pura pura bergelak ketawa. alhamdulillah, saya berjaya.

sekitar jam 9 pagi semua ibu bapa sudah duduk di dalam dewan, chancellor KLMU Y.M Royal Professor Ungku A. Aziz, Vice-Chancellor KLMU Dato' Idrus Mohd Satha dan bakal graduan di arak masuk ke dalam dewan. saya berjalan penuh semangat mengambil tempat duduk dan bermula lah acara konvokesyen ke 14 KLMU. graduan dari FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT adalah yang pertama akan mengambil sijil maka saya menaiki pentas sekitar jam 10 pagi dan kala nama saya di sebut hati saya rasa sebak, kala saya menerima skrol dari Ungku Aziz dengan ucapan tahniah dari mulut beliau, hati saya sayu. kala flash kamera berkelip kelip saya rasa bulu roma saya meremang. dan bila saya berjalan untuk ke tempat duduk saya kembali, pensyarah pensyarah saya menghulurkan tangan memberi ucapan tahniah, orang tersayang hanya tersenyum dan saya rasa saya sudah buat dia berbangga. itulah impian saya sebenarnya, mahu dia berbangga dengan saya. biarlah orang lain tidak pedulikan saya asalkan dia sayangkan saya dan berusaha mendidik saya menjadi orang yang berpelajaran.

acara selesai sekitar jam 1 tengah hari dan lepas bergambar dengan teman teman, pulangkan jubah jam sudah pukul 2 petang. saya bergegas pulang ke rumah, mandi dan berehat seketika. jam 3:15 saya bergegas ke PIZANTO DESIGN, MAKE UP & HAIR STYLE untuk bersiap bagi menghadiri acara makan malam graduan yang akan bermula sekitar jam 8 malam. kerana saya adalah model untuk PIZANTO maka pakaian dan gaya saya pada malam itu telah di taja sepenuhnya oleh pihak PIZANTO. hampir dua jam saya di rias dan hasilnya saya tampil bagai puteri cinderella dengan tema "STARDUST NITE".
mula mula saya agak tidak yakin dengan dressing yang saya tampilkan, namun saya kuatkan hati dan katakan ini adalah malam saya dan saya mahu gembirakan hati saya dengan kelainan. saya mahu ada kenangan manis untuk diri saya sebagai merawat kesedihan hati saya pada hari konvokesyen saya.

dari lif bawah PWTC saya naik ke tingkat 4 untuk ke dewan merdeka. sebaik pintu lif terbuka, flash kamera bertalu talu, terkejut juga saya. macam tahu tahu pula saya yang akan keluar dari lif. saya terus ke kaunter pendaftaran untuk mendaftar kehadiran saya. tapi kelam kabut juga saya sebab semua hampir tak kenal saya dan bila tau itu adalah saya, berebut rebut pula nak bergambar. saya layankan saja sebab bukan selalu pun mereka akan nampak orang yang jadi ala2 cinderella atau pari pari ni. (hehe... tapi kelakar juga bila bdk2 dr cawangan lain beratur nak bergambar dan bila tgk hanya saya jer yg pakai pelik segan pun ada!) tapi saya enjoice!

acara bermula tepat jam 8 malam, macam macam acara ada, menari, menyanyi, cabutan bertuah dan acara yang di tunggu tunggu pun tiba... pencarian QUEEN and KING of the nite! ianya akan di pilih siapa yang datang mengikut tema iaitu " STARDUST NITE".
hasilnya ada 6 lelaki dan 6 perempuan yang layak untuk menyertai pertandingan tersebut. kesemua di panggil naik ke atas pentas dan peragakan baju yang di pakai.
kelakar juga masa ni, bila emcee katakan yang setiap seorang kena catwalk saya dah gelak. walau saya biasa dengan catwalk tapi malu juga.

dan kala pengumuman pemenang pakaian terbaik untuk perempuan di umumkan, saya hanya duduk diam di meja sehingga kawan kawan semeja bising mengatakan pemenang berada di meja mereka barulah saya naik ke pentas. di pakaikan tiara atas kepala, selempang yang tertulis " MISS STARDUST OF THE NITE", sejambak bunga dan beberapa hadiah sampingan, buat saya tak cukup tangan nak pegang. lucu pula rasanya. namun hati saya gembira sebab bukan senang nak merasa ala2 miss world! haha...

habis habis acara, sekali lagi saya di serbu kawan kawan untuk bergambar, time nak balik pun masih lagi saya di serbu sehingga saya lari. hehe... dah jam 12 tgh malam pun. saya pun dah letih. kalau ikutkan kepala kawan kawan silap jam 3 pagi belum tentu saya boleh balik!

sampai rumah sekitar jam 1 pagi dan saya betul betul letih. buka baju, buka segala tiara, selempang, rambut palsu dan mandi terus tertidur sampai ke pagi. mujur mujur kelas pagi saya di batalkan, maka tiada lah istilah saya ponteng!
sampai entry ini di tulis pun badan saya masih lagi lenguh lenguh. namun saya gembira kerana saya dapat lupakan kesedihan saya di hari konvokesyen saya.
saya gembira dan saya boleh terima yang saya masih lagi boleh bergembira walau tanpa kehadiran "dia".

6 comments:

~tuah.rimbun~ said...

sejambak tahniah dari saya...
heheh, betul ke ayat ni....

I believe this is one of your great moment in your life..

w/pun saya ada segulung ijazah..
tapi saya tak berpengalamn menerima skrol tu..
unik tak? hehe

Nur Farina Abdullah said...

sebab awak tak join convocation kan?
hehe

Syiqa Rahmat said...

hye kak!

tahniah yer dpt ijazah tu :)

*bila la turn syiqa ni*

Syafiq said...

congrats to you ina!!!

and the best part is we're already proof to them that we can do it!.

**syafiq**

KeMatZ said...

Congrates....

apa apa pun anda DI TAG...

sila masuk blog saya...

Anonymous said...

kenapa akak sedih ms konvo..sape yg x dtg..