Monday, May 18, 2009

senyuman dan angan

selesai menjawab paper Web Based Application 1 sekitar jam 11 pagi. selepas keluar dari dewan terus duduk melepak di library bersama suraya. kemudian sepakat mahu ke SOGO. dia mencari hadiah untuk teman yang baru mendirikan rumah tangga dan saya pula saja berjalan jalan mahu mencari potpuri untuk di letakkan dalam bilik sambil mencari cari raga yang boleh di letakkan pakaian kotor di dalam bilik. itulah tujuan mahu ke SOGO.

dari kolej kami hanya berjalan kaki ke SOGO kerana jarak yang dekat. melalui Maju Junction(MJ), Pertama terus sampai di Sogo. ketika berjalan melintasi MJ dan Pertama saya terlihat sepasang suami isteri yang umur sekitar lewat 50-an berjalan berdua dan si suami mengenggam erat tangan si isteri. terukir senyum saya tiba tiba, hati rasa berbunga. suraya pandang saya, saya pandang suraya. kedua kami tergelak kecil dan berkata "romantik"!

susah nak jumpa pasangan yang dah berumur begitukan? tak usah tunggu yang berumur yang baru kawin 2 3 tahun pun belum tentu mudah nak jumpa begitu kan? still berpimpin tangan tak lepas dan senyum terukir sentiasa.

berangan saya sekejap melihat babak sesaat itu dan tersenyum dalam angan-angan. adakah diri saya juga mampu jadi seperti pasangan tersebut atau akan jadi seperti kebanyakan pasangan yang ada sekarang? suami berjalan seolah olah mereka jalan sorang sorang dan bila isteri memanggil menyuruh tunggu, hanya dengusan berserta muka yang masam mencuka yang di terima isteri. silap silap nasib tak baik, isteri di katakan berjalan lambat dengan suara yang orang orang keliling boleh mendengarnya.
sedihkan?

No comments: