Tuesday, July 28, 2009

Allah Itu Maha Pengasih...

hampir dua minggu saya tak ke kolej,
demam yang berlarutan yang di sangkakan H1N1.
sekali dua kali ke doktor panel hanya di beri ubat biasa
dengan harapan saya akan sembuh. namun masuk kali ke tiga
saya di rujuk ke doktor pakar Hospital Serdang. saya suspek H1N1.

saya ke hospital serdang di ambil darah 2 3 kali
keputusannya negatif! saya bukan demam sebab H1N1 tapi demam biasa
cuma di sebabkan antibodi saya lemah demam saya berlanjutan, di tambah pula dengan
keadaan cuaca yang jerubu dan sekejap panas sekejap sejuk.

cuma doktor kata ada sedikit electricstatic dalam darah dan badan saya
yang membuatkan dada saya terasa sakit dan berdenyut tiap kali menarik nafas.
saya di suruh berehat, jangan terlalu aktif utk sementara. mungkin juga kerana saya mengidap asma jadi saya tak di galakan terlalu aktif untuk sementara.

walau demam makin berkurang tapi saya kerap sakit kepala kerana tiba tiba saya
tak boleh tidur malam dengan lena. masuk tidur awal namun mata saya tak lelap sehingga jam 5-6 pagi. terseksa sungguh rasanya.

namun hari ini saya agak segar dari selalu. syukur alhamdulillah. saya mungkin sihat kerana doa kawan kawan dan kenalan saya. bila mereka tahu saya sakit, semua telefon, sms tanya khabar. walau hanya di telefon tapi saya gembira kerana baru saya tahu saya ada ramai kawan.

terima kasih kenalan di KLMU- mama,suraya,anep, zamil, miss rohani, en nizar, aina, kamarul, khalil,atie, azril, husin, kawan kawan sekelas dan semua teman teman yang saya dah tak ingat nama kalian.

terima kasih juga - kak sue, anty ros,zila,wan, syed, Dato Badrudin, anty sharifah, zaharin, Dato Rahim, kak niessa, anty ainon, kak sri diah, Dato abu bakar,elma, nazlina, ibu susanty, ibu laura,megat dan semua yang mendoakan kesihatan buat saya. maaf kalau nama kalian tak tercatat di sini ye, tapi nama kalian kukuh berada dalam ingatan saya.

syukur sangat sangat kerana ramai yang sayangkan saya dan mendoakan kesejahteraan saya. ini lah yang saya katakan dulu pada seorang teman: "biarlah satu orang mengatakan semua orang benci pada kita, namun hakikatnya: Allah berikan beribu lagi orang yang sayangkan kita dan kasihkan kita" Allah itu maha pengasih.
di ambilnya seorang kawan dari kita namun di gantikan dengan yang lebih baik dari apa yang diambil....

No comments: