Thursday, July 9, 2009

biar orang buat kita....

alhamdullilah akhirnya saya berjaya.
berjaya mengawal diri dan emosi dari melayan
anak remaja yang masih seronok mencorak warna warni
hidup mereka tanpa memikirkan warna itu cantik mahupun buruk.

saya berdiam bukan bermakna saya takut,
saya senyap bukan bermakna saya kalah
malah saya mengelak bukan bermakna saya lari.
tapi saya lakukan semua itu kerana
"Allah sayangkan saya kerana dia berikan dugaan untuk saya hadapi"

tahniah buat diri saya sendiri kerana saya berjaya mengawal
segala emosi, sedih dan kecewa dalam diri saya.
saya pekak kan telinga kerana saya tahu kebenaran akan terbukti
mulut orang yang berbunyi akan terdiam dan kejayaan akan menjadi
milik saya tanpa siapa sangka. insyaallah.
pegangan saya selama ini masih kuat saya pegang yakni
"BIAR ORANG BUAT KITA, TAPI JANGAN KITA BUAT ORG"
kerana Allah akan sentiasa bersama dengan orang yang benar.
kerana Allah akan sentiasa membantu orang yang yakin akan kewujudan Tuhan yang satu.

maka, buat semua yang bercita cita mahu menjatuhkan saya atau menghancurkan saya
dengan kutukan kejian dan hinaan, teruskanlah niat kalian semua kerana saya yakin Allah sentiasa bersama saya. think positif FARINA.

No comments: