Friday, July 17, 2009

Sunway University College



semalam 17 julai 2009, dari jam 12 tengah hari hingga jam 10 malam saya selaku VP Majlis Perwakilan Pelajar turut serta memberi sokongan dan semangat pada pelajar pelajar luar di INTERNATIONAL STUDENT CARNIVAL 2009 SPORT FESTIVAL "one global village". ianya di adakan di padang Sunway University College(SUC).

Hampir seluruh IPT turut serta menghantar wakil pelajar luar mereka untuk festival sukan tersebut. paling kurang satu IPT menghantar 2 bas. yang saya perasan dan saya ingat antaranya UiTM, UMP, USM, UM, UKM, UTP, UUM, UPM, UNITEN, UNISEL, KLMUiC, LIM KOK WING, MONASH, UIA, KUIS, NILAI dan saharusnya ada ialah SUC dan juga KLMU. ini sebahagian yang saya ingat setakat ini. meriah memang meriah. saya yang lama tak praktis berbahasa omputih, semalam dah rasa macam saya duduk di tengah tengah KOTA LONDON!

sekitar jam 2 petang, khemah khemah putih yang di sediakan di tepi tepi padang penuh dengan pelajar pelajar yang makin ramai tiba. ada yang berlatih sepak sepak bola, ada yang praktis baling baling bola dan ada juga yang belajar skil nak tarik tali. itu adalah game yang di pertandingkan. futsal, netball dan tarik tali. saya hanya terlibat dengan acara tarik tali.

tepat jam 3 petang semua peserta berkumpul di tengah tengah padang berdepan dengan stage. acara di rasmikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Dr. Hou Kok Chung dengan memasang Obor. kemudian beliau berucap sepatah dua kata dan kami semua di persembahkan dengan permainan muzik tradisional. bila semua pelajar berkumpul kemeriahan memang terasa.masing masing bersorak nama IPT masing masing. semangat.

pertandingan bermula serentak. kerana saya terlibat dengan acara tarik tali maka saya kurang tahu apa perkembangan futsal dan netball. yang saya tahu netball KLMU kalah awal awal lagi tapi futsal sampai ke final. team futsal KLMU memang saya akui kehebatannya. tarik tali pula firts round kami menang dengan UM. bersorak macam dapat duit sejuta. tapi ada sedikit kekecohan bila UM tidak puas hati dengan kemenangan kami. kecoh juga bila UM bising tapi kami just releks and cool. :)
kalah menangkan adat pertandingan. tapi bila ke final kami kalah dengan UiTM. jadi yang tinggal hanyalah futsal.

acara berlangsung sangat meriah dan teratur, syabas SUC! makan minum di tanggung sepenuhnya dan makan memang untuk di makan. sedap dan puas hati. dari jam 3 petang sampai 11 malam kami di beri makan 3 kali. kemudahan di sediakan lengkap. ambulan, paramedik, polis bantuan dan tandas bergerak. jadi keselesaan kami memang di jaga.

walau kami di situ dari IPT yang berbeza, tapi sifat kekeluarga dan kemesraan cukup terserlah. makan sama sama, gelak dan bergurau tanpa sebarang masalah. bila tiba waktu solat mereka ramai ramai bersolat di tengah tengah padang. tersentuh hati saya. walau di mana mereka berada Allah tetap di dahulukan. tapi ada juga perempuan yang datang dengan seluar pendek sependek pendeknya. walau mereka adalah pelajar luar tapi agak pelik di mata saya. lagi lagi bila saya tahu mereka adalah pelajar yang terkenal dengan Kolej Islam-nya. lain orang lain ragamnya.

Cuma yang saya kesalkan adalah : sampah botol dan makanan bersepah di mana mana saja. terfikir dalam fikiran saya : memalukan pelajar IPT sahaja. sepatutnya kita datangnya dari IPT yang rata ratanya IPT yang di kenali, sepatutnya tunjukkan lah contoh pada pakcik yang mengutip sampah sampah yang berteraburan itu. mesti pakcik kutip sampah tu akan berfikir, namanya pelajar universiti, tapi tak pandai jaga kebersihan. kalau setiap orang ada rasa tanggungjawab nak jaga kebersihan, pasti sampah tak akan berterabur begitu kan?

tapi itulah warna warni kehidupan manusia. ada macam macam ragam dan gaya. apa pun saya enjoy dengan pengalaman yang saya dapat semalam. insyaallah kalau tahun depan ada lagi, saya nak turut serta lagi. TERIMA KASIH SUC! u done a good job! maaf andai ada ketidak puasan hati anda dengan coretan saya ini.

No comments: