Wednesday, March 31, 2010

CCU Wad Di Raja Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu

Hati saya sebak dan sedih bila lihat tok mek terlantar di atas katil hospital.
dia makin uzur namun semangat dia mahu berikan yang terbaik pada suami dan anak anak tak pernah uzur. tatkala kami pulang ke kampung, segala masakan mahu di hidangkan buat kami anak anaknya. walau sering kami anak anak bising mahukan dia berehat namun tanpa kami semua sedar dia sudah siap memasak itu dan ini untuk kami anak anak, cucu cucu dan suaminya makan.

sabtu lalu 27 Mac 2010 kami bergegas pulang bila ayah Long telefon beritahu yang tok mek masuk hospital gara gara jantungnya sakit. kami sedia maklum yang tok mek memang sakit, namun tak menduga ianya sampai harus di tahan di wad. namun itu lah takdir. kali pertama saya melihat dia atas katil hospital, hati saya sebak. dia sangat baik dan amat menyayangi saya. saya tahu tentang itu.

hari kedua saya ke hospital lagi, potongkan buah untuk dia dan berbual bual. dia makin sembuh. hati saya lega. namun tiba tiba darahnya naik mendadak 222/155 dgn degupan jantung yang sangat lemah! hati saya celaru kembali. namun ianya kembali normal. pihak hospital megatakan tok mek mungkin akan boleh berehat di rumah sementara menunggu untuk di buat endiogram rabu akan datang. jadi selasa dia dah boleh balik.

selasa pagi kami membawa pakaian untuk bawak tok mek pulang, tetapi tiba tiba perkhabaran yang kami terima, tok mek masih tidak boleh balik kerana ada air dalam paru parunya. Allahuakhbar... saya kuatkan hati. potongkan buah untuk dia, kemudian tukarkan lampin pakai buang dia, tukarkan cadar katil dia yang terkena kotoran, kemudian tok mek makan tengah hari. bubur nasi dan sup sayur. sudah makan saya temankan tok mek, berbual bual dengan dia dan akhirnya dia tertidur, saya renung wajahnya yang sedang lena, saya sebak, saya takut kehilangannya. akhirnya saya terlelap di hujung kaki tok mek.

2 comments:

Anonymous said...

saya bersimpati,,skrang tok mek awak da sihat??

zakwan™ said...

ssss