Tuesday, October 12, 2010

Jamuan Raya KLMU 2010

7 Oct 2010 saya di jemput untuk sama sama memeriahkan acara jamuan raya di KUALA LUMPUR METROPOLITAN UNIVERSITI (KLMU) oleh MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) baru bagi sesi 2010/2011. satu penghargaan bagi peribadi saya kerana sebagai bekas pelajar dan mantan MPP.

niat saya ada dua bila mengatakan setuju untuk memenuhi jemputan tersebut.pertama: mahu berjumpa dengan kawan kawan lama yang masih ada di sana meneruskan pengajian dan yang kedua: mahu melihat bagaimana team MPP baru melaksanakan acara tersebut. bukan mahu menyibuk tetapi saya mahu tahu apakah team baru ini sama macam kami dulu atau lebih bagus dari zaman kami dahulu. dan keputusannya mereka lebih bagus malah sangat bagus dari kami dahulu. Syukur Alhamdulillah kerana saya tahu tempat saya menimba ilmu akan terus maju dan maju untuk generasi muda akan datang.

saya punya satu azam yakni saya mahu tempat saya belajar dulu akan terus jadi terkemuka dan terus gemilang supaya satu hari nanti saya boleh berbangga pada anak anak saya yang satu ketika dulu mamanya adalah bekas graduan dari sebuah tempat belajar yang gemilang.

mudah mudahan ianya akan menjadi kenyataan.

No comments: