Tuesday, October 12, 2010

Memuaskan Diri Sendiri





- SEBAHAGIAN DARI ANAK ANAK YATIM YANG BANYAK BUAT SAYA GEMBIRA -


kesibukan saya bermula dari sebelum puasa sehingga lah hari hari terakhir syawal. saya jadi sangat tenang, gembira dan puas sangat sejak mengikuti terlibat dengan team SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA yang mana aktiviti kami adalah menyapu air mata yang mengalir pada semua anak anak yatim dan fakir miskin seluruh malaysia. kami menggunakan FB untuk membuat amal kebajikan.

kami kumpul seberapa banyak baju baju raya baru untuk di agihkan pada yang memerlukan buat mereka beraya dengan baju baru. hampir 30 buah rumah anak anak yatim dan fakir miskin yang telah kami jelajah penempatan meraka. satu kepuasan yang tak ternilai dan tak mampu siapa pun mahu ceritakan.

bersambung pula bila syawal tiba kami sekali lagi meraikan anak anak yatim ini dengan menyambut syawal bersama mereka dan bila lihat mereka senyum kami jadi sangat puas lebih lebih lagi peribadi saya sendiri.

biar ramai yang mengata dan menuduh kami mahu riak dan berbagai kata nista tapi kami tabah dan kuat untuk terus menyapu air mata insan insan yang sering di sisihkan. niat kami cuma mahu mengembirakan mereka dengan cara kami.

saya sendiri mengakui sesungguhnya JIKA KITA BERBUAT BAIK DENGAN ANAK YATIM.. InsyaAllah AKAN ADA REZEKI YANG ALLAH TURUNKAN BUAT KITA.. saya sendiri sudah melaluinya... Alhamdullilah....

No comments: