Monday, November 18, 2013

BUDAK ITU PART 1

"SAYA" melihat seorang anak kecil perempuan berusia sekitar 9 atau 10 tahun memikul kaki payung jualan ke tepi perhentian bas, jam masa tu sekitar pukul 2:30 petang, dia letak kat tepi bangku kemudian dia pergi lagi, kemudian dia lalu lagi membawa payung jualan ke tempat yang sama jugak, kemudian dia pergi lagi dan kembali lagi dengan membawa meja jualan di atas belakangnya, sekejap2 dia berhenti, sekejap2 dia berehat mungkin kepenatan kerana berulang alik dari rumahnya ke perhentian bas tempat dia berjualan.

selepas semua barang sudah berada di tepi perhentian bas dia pun diihat buka meja, buka payung, bentang alas meja kemudian dia pergi lagi... hampir 30 minit berlalu, budak itu kembali melalui jalan yang sama tapi kali ini menjinjing satu bakul sederhana besar di kiri kanan tangannya. melalui depan "saya" dan terbau di hidung saya haruman karipap yang baru di goreng, terhidu di deria bau saya haruman kuih puding jagung. selepas dia meletak semua kuih atas meja jualan, dia tutup dengan plastik kuih2 itu kemudian dia pergi lagi dan kembali dengan pelbagai jenis kuih muih lagi, kemudian dia pergi lagi dan kembali lagi dgn bungkusan2 meehun yg sudah dibungkus siap2.

seteleh itu saya nampak dia tinggikan payung jualan dia dan terlihat beberapa buah kereta dan motor berhenti di depan payung jualannya dan dia mula menjual, kebanyakan yang membeli adalah cina dan saya melihat dia sgt petah berurusniaga dgn cina2 yang membeli menggunakan bahasa cina. terdetik dalam hati saya, anak melayu yang iras seperti cina dan fasih berbahasa cina. setelah jualannya agak lenggang saya melihat dia mengasingkan duit kertas dgn duit syiling yang ada, duit kertas di susun di letak bawak alas meja, duit syiling di biar di dalam bekas duit jualan.

bila gerainya tiada pelanggan, saya melihat dia mengeluarkan buku dari dalam plastik yang tergantung di kerusi, rupanya dia keluarkan buku sekolahnya untuk membuat kerja sekolah, pasti kerja sekolah yang cikgu berikan semasa di sekolah tadi. dia baru mahu buat tak sampai 10 minit, datang pula orang membeli, dia kembali tutup buku dan menjual. mulutnya masih tersenyum, mukanya sentiasa manis dan ramahnya macam orang dewasa.  selesai orang membeli, saya nampak seorang anak cina datang mendekati dia membawakan satu plastik air soya bean dan sebungkus mee, anak cina tu hulurkan pada dia dan mereka makan sama2. melihat mereka berdua saya rasa itulah kawan baik budak perempuan itu. sebab mereka minum dan makan berkongsi sama2.

sekitar pukul 7 ptg, saya tgk atas meja jualan budak tu semakin kurang bekas2 kuih menandakan jualannya sudah semakin hampir habis terjual. saya melihat dia mengemas2 dan melakukan perkara yang sama seperti apa yang dilakukan awal2 td, satu persatu dihantar balik kerumah, bermula dari menghantar bekas2 kosong, payung, kaki payung kemudian last sekali meja sehingga tempat dia berjualan itu kembali seperti biasa dan tiada tanda2 terdapat perniagaan di situ. sekitar jam 7:30 petang, saya sudah tidak nampak lagi budak perempuan itu. dia hilang dari pandangan saya namun keesokkan harinya saya kembali melihat budak perempuan itu dgn rutin yang sama. hampir 3 tahun saya melihat budak perempuan itu dgn rutin yang hampir sama setiap hari.

bila masa dia pergi sekolah? bila masa dia buat kerja sekolah? bila masa dia belajar????

#kalau rajin saya akan sambung bercerita, itupun kalau ada yang mahu membacanya#

No comments: