Monday, November 25, 2013

BUDAK ITU PART 9

- BUDAK ITU PART 9-

SAYA terfikir2 kenapa amoi tanya macam tu? mesti ada sesuatu yang mahu dia katakan, tapi sama ada dia tak berani nak bercerita atau dia rasa dia tak boleh nak bercerita pada saya. saya dapat rasakan yang dia seolah2 menyimpan sesuatu rahsia.

petang esok seperti biasa amoi tetap dengan rutinnya. saya yang kebetulan tidak bekerja duduk melepak2 di tepi bus stop dekat dgn kedai jualan kuih amoi. seperti biasa amoi melayan orang yang silih berganti membeli kuih jualannya dan bila tidak ada yang membeli dia duduk2 sambil membaca komik gila-gila. sejak2 UPSR habis dia sudah tidak  lagi membuat kerja sekolah atau membaca buku sekolah.  sekali2 saya terlihat dia tersenyum mungkin lucu dengan kisah yang dia baca dalam gila2 tu. bila saya tgk dia senyum pada saya, saya datang dekat pada dia dan duduk di kerusi kosong yang ada. saya tanya dia, "sekarang dah cuti sekolah ker?" dia cakap belum cuti lagi tapi periksa dah habis, cuma dia dah tak pergi sekolah sebab abah kata tak payah buang duit, buang masa pergi sekolah dag tak belajar. baik duduk rumah tolong ibu buat kuih. saya sekadar mengangguk tanda faham.

lama saya duduk borak2 dengan dia dan saya tanya dia kenapa semalam dia tanya adakah anak angkat itu bodoh dan orang benci dgn anak angkat? tiba2 muka dia berubah, mukanya menunjukkan reaksi sedih dan saya jd serba salah kerana bertanya. tapi saya mengharapkan dia akan bercerita, saya mahu tahu siapa sebenarnya amoi nie? kenapa saya tak pernah nampak siapa ibunya? siapa abahnya? siapa adik beradiknya yang lain? lama saya menanti jawapan tapi dia hanya diam. bila ada orang datang nak beli kuih dia akan layan dan mulutnya kembali petah bercakap. itu satu2nya perangai amoi yang saya perasan, dia blh sembunyikan kesedihan hati dia dengan kepetahan mulut dia berkata2. kadang2 saya tgk dia bergurau dgn orang yang datang beli kuih seolah2 dia adalah seorang budak yang hidup dalam kegembiraan sedangkan saya pernah melihat sendiri dia menangis, saya pernah melihat sendiri badannya lebam tanda2 di cubit atau di pukul dengan rotan.

nampaknya cubaan saya untuk tahu kenapa amoi tanya saya dengan soalan adakah anak angkat ni bodoh dan dibenci orang tak berjaya, amoi tak mahu bercakap tentang itu dan setiap kali saya mencuba utk bercakap hal itu dia akan mengalihkan topik tersebut. malah dia cakap kalau saya datang kedai dia hanya utk mengorek cerita dia, dia suruh saya balik sebab dia kata dia tak suka orang amik tahu hal dia. terkejut juga saya bila dgr amoi bercakap begitu seolah2 marahkan saya. cuma saya jadi nak amik tahu sebab soalan dia itu buat saya tertanya2 kenapa dia tanya macam tu? betul ker amoi tu anak angkat seperti apa yang pakcik teksi tu cakap pada dia? dan kalau betul kenapa pulak amoi ingat jadi anak angkat tu bodoh dan di benci orang?


hampir seminggu berlalu amoi saya lihat masih seperti biasa, sekali2 saya nampak dia muram, adakalanya saya tgk dia bergelak ketawa seperti tidak ada apa2 yang berlaku dalam hidup dia. dia menjalani rutin harian masih seperti biasa, buka kedai utk jual kuih, sekali2 bila hujan lebat dia akan basah kuyup utk selamatkan kuih2 jualannya, kdg2 saya tgk dia dok menguruskan nyonya tua yang selalu datang kat kedai kuih dia. dia bagi makan, bagi minum dan borak2 dgn nyonya tu. cuma ada satu hari tu saya melihat dia bawak barang2 jualan dia dgn air mata yg berjurai. sambil bawak meja dia nangis, sambil bawak raga kuih pun dia nangis dan saya jadi tertanya2 kenapa agaknya dia menangis?


dua 3 hari lepas tu, dia nampak saya dan dia lambai tangan memangil saya, bila saya datang dekat dia pun tanya, "kalau saya bagi kakak surat, kakak nak baca tak? kakak pernah cakap tulisan saya buruk tak cantik kan? jadi kalau saya tulis nnt kakak blh baca ker tulisan buruk saya?" saya tersenyum dan mengangguk. saya katakan pada dia "tulisan awak buruk jer bukan tak boleh di baca, awak nak bagi akak surat utk apa? kenapa tak cakap jer? kan  kita hari2 jumpa?" dia jawab "susah nak cerita sebab nanti bila orang datang kena berenti layan org nak beli kuih pulak". saya setuju dan tanya dia mana surat yang nak bg saya baca? dia cakap tak tulis lagi dan kalau dah siap tulis dia akan bagi pada saya. ok saya setuju dan dia tersenyum bila dgr saya cakap saya setuju nak baca surat dia.

hampir 2 hari berlalu, amoi masih tak bagi saya apa2 surat, malah bila jumpa saya kat kedai dia pun, dia tak cakap apa2 dan lagaknya seolah2 dia takde apa2 urusan dgn saya sedangkan dalam hati saya meronta2 nak tahu apa yg amoi nak tulis? apa yang amoi nak cakap sampai kena tulis surat?

#InsyaAllah akan bersambung di part 10#

-






No comments: