Thursday, January 29, 2009

cantik

lucu sebenarnya bila org kata saya nie tergolong dlm orang orang yang cantik.
dulu masa belum matang ada juga rasa bangga dlm diri
tp bila usia makin meningkat dan ilmu makin bertambah di dada,
rasa tu hilang, yang timbul adalah syukur dan takut.

syukur = kerana Allah kurniakan saya seraut wajah yang sedap di pandang orang.
takut = andai pujian itu akan menimbulkan riak di dalam diri.

teringat satu ketika dulu saya berjumpa dengan teman2 masa saya bersekolah menengah dahulu. jamuan hari raya. (saya bersekolah di sek men bdr baru sri petaling KL 1995-1998) kali pertama mereka melihat saya, semua diam dan hanya pandang2. sehingga tuan punya rumah yakni teman rapat saya ketika bersekolah berkata "apa hal yg korg semua diam jer? cover2 ayu dan macho" saya sendiri pun senyap. rupa2nya mereka diam sebab ragu2 adakah saya ini teman sekelas mereka dahulu ataupun orang lain.

saya tahu yang penampilan saya agak berubah kalau nak di bandingkan dengan zaman2 saya bersekolah dahulu. dulu saya agak kasar, ganas dan riuh rendah. (dalam kata lain saya nie dulu mcm lelaki sikit, pastu kuat membebel mcm mak nenek. bayangkan saya ketua kelas tp saya sendiri asyik potpet potpet. sekarang pun sama je cuma dah slow skit. hehe) tapi sekarang agak sukar teman2 mahu mengecam saya sebab saya sudah tidak berkaca mata lagi, saya sudah tidak potpet potpet lagi dan saya sudah ada ciri2 perempuan yg sepatutnya ada sebagai seorg perempuan.

teman2 pandang saya dan senyum, bila saya bersuara dan bercakap baru lah mereka kata "yelah... lobak!" (panggilan waktu2 saya sek men dahulu. sebab dorg panggil saya LOBAK adalah dari pangillan "kerek" kalau BI jd "carrot" tp mereka melayukan maka jadilah LOBAK. kan saya ckp td yg saya dulu ganas dan memang stok tak makan saman punya org) bila mereka yakin yang saya adalah "lobak" kawan sekelas mereka dahulu barulah kemesraan tu terjalin. bercerita itu dan ini, bergelak ketawa setiap kali kisah lama di kenang kembali.

sehingga seorg teman berkata " bak, aku rasa aku mcm pernah tgk muka kau dlm majalah, pakai baju pengantin. betul ker?" balas saya "kenapa? kau tak percaya kawan kau yg ganas dan buruk nie masuk majalah?" berderai tawa mereka. dari situ terbongkarlah rahsia bahawa teman mereka yang satu ketika dahulu comot, ganas, "kerek", kuat bercakap dan selalu buat hal nie menjadi seorang model. sampai terkeluar satu gurauan dari teman sekelas "nyesal aku tak tackle kau dulu, kalau aku tahu kau jd cantik macam nie, awal2 lagi aku dah tackle kau, ganas pun ganas lah" lucu pula saya mendengar gurauan sebegitu.

asyik menjamu selera, seorang teman lagi tiba. habis bersalam dia menghulur tangan sambil berkerut ke arah saya. "sapa yer? cam muka tapi lupa nama" saya senyum dan berkata " ingat tak dulu ada seorang budak pompuan dalam kelas selungkup kepala kau dgn bakul sampah beserta dengan sampah2nya sekali?" pecah ketawa satu rumah bila dia terus menjerit " LOBAK"! saya tersenyum dan mengangguk. " aku ler budak pompuan tu"

indah sungguh waktu tu, kerinduan saat2 bergelak tawa sebegitu hadir dalam diri. dan tadi sewaktu berjalan saya bertembung dengan seorg teman. saya tahu dia adalah teman sekelas saya dahulu. tertoleh2 3 4 kali baru lah dia menegur. "sek sri petaling kan dulu?" saya senyum dan bersalam. "berjumpa secara mengejut begitu tak banyak yang blh di bualkan. cuma berkali2 dia nyatakan yang saya berubah dan cukup2 buat dia ragu2 adakah betul ini saya. soalan saya "apa yang lain nya aku nie? sama jer" balasnya "tak lah, kau cantik sgt, pakai susuk ker? pemanis ker?" pecah gelak saya di tengah2 orang ramai. "maksud kau waktu sekolah dulu aku nie buruk?" dia angguk dan spontan perutnya saya cubit. rasakan! derai tawa kami meletus. berpisah dengan masing2 bertukar2 no tel.

pulang ke rumah, cermin saya hadap. bertanya2 pada sang cermin. apa lah yg lainnya? cantik 'tang' mana? cuma badan saya masih sama mcm sekolah2 dulu, tak naik. kurus kering jer.saya cuma rasa wajah saya masih sama, senyum pun sama, ketawa pun sama. sudahnya saya membuat kesimpulan yang membezakan saya dahulu dan sekarang adalah cara saya berpakaian. walau saya keluar tanpa sebarang alat makeup di muka, tapi saya akan pastikan yang pakaian saya kemas. pakaian saya sedap di pandang orang. mungkin sebab itu teman2 nampak saya berbeza dari dahulu.

lagi pula "cantik" pada pandangan saya adalah satu benda yang subjektif. cantik di mata si A belum tentu cantik di mata si B. dan cantik pula bukan sekadar pada luaran tetapi cantik juga pada dalaman. dan kerana saya tahu adakala saya di pandang cantik oleh sesetengah orang, maka saya berusaha utk menjadi seseorg yang cantik secara keseluruhan. cantik di luar mahupun dalaman. dan doa saya supaya setiap orang yang merasakan saya adalah di antara orang2 yang cantik dan tercetusnya pujian buat diri saya supaya selitkan juga doa mereka buat saya agar saya sentiasa sedar yang cantik itu adalah sementara dan pinjaman yg kuasa buat saya. doakan supaya tidak di selitkan rasa bangga, riak dan takbur dengan apa yg Allah kurniakan buat saya ini.

insyaallah...

No comments: