Wednesday, April 15, 2009

cantik bukan ukuran, baik bukan sandaran...

(mohon maaf andai ada yang terasa hati dengan coretan ini)

saya menjadi orang yang di beri kepercayaan dan di jadikan tempat bercerita serta meminta bantuan.
beliau seorang wanita yang sangat cantik, manis, lemah lembut dan tak jemu di pandang mata. kali pertama saya mengenali beliau sekitar 2005. orangnya kecil molek, matanya bulat, kulitnya cerah, senyumnya sangat comel. walau bertudung ringkas dan sering berbaju kurung namun beliau mempunyai daya tarikan yang tersendiri. saya sangat mengagumi kredibiliti dan penampilannya. pendek kata saya lihat beliau seorang wanita yang cukup sempurna. ada pelajaran, kerjaya, anak yang comel dan suami yang berkerjaya. di mata saya beliau cukup sempurna serba serbi.

terlihat juga kadang kala beliau di jemput suami dan anaknya selepas pulang bekerja. anaknya cuma seorang, perempuan tapi tersangatlah debab sehingga kalau saya jumpa anak dia saya pasti akan peluk peluk dan cium cium anaknya. comel sangat! anak beliau kalau nampak saya dari jauh mesti menjerit jerit memanggil saya. anaknya sungguh manja dengan saya. kalau jumpa saya tak lepas tangan saya di pegang dan kadang kala minta di dukung. aduhai... saya kira berat dia lagi berat dari saya! sekarang anak comel itu sudah darjah satu. kalau berjumpa saya sudah tak minta di dukung lagi. namun masih lagi memegang tangan saya tak lepas.

namun seminggu yang lalu beliau meminta bantuan saya. segera! saya sudah membantu dan akhirnya bantuan saya sangat sangat berharga buat beliau. hari ini kala saya berjumpa beliau, saya sekadar bertanya dan beliau meletakkan kepercayaan pada saya tentang masalah yang beliau hadapi. beliau dan suami dalam proses mahu bercerai. saya terkejut dan sedih dengan apa yang saya dengar namun saya tak mahu dia bersedih dengan apa yang di hadapi. saya cuma katakan.... xde masalah lah... u masih cantik dan cun! sambil tergelak saya katakan begitu. dan beliau tergelak dan bertanya betulkah beliau masih cantik? secara jujur dan demi allah saya katakan, beliau memang masih cantik walau usia sudah sekitar 34-35 tahun. mungkin kerana beliau kecil molek orangnya maka tak ketara sangat umur beliau sudah 30 lebih. sekali pandang macam baru berumur 28-29 tahun.

saya mahu bertanya lanjut namun saya diamkan dahulu, saya cuma tahu kes beliau akan di sebut pada jumaat ini dan anak perempuannya akan di jaga oleh beliau sendiri. sedih juga saya memikirkan nasib beliau. orangnya cantik, lemah lembut, solat tak tinggal namun kenapa sang suami sanggup melepaskan isteri sebaik itu? apa lagi yang mahu di cari oleh sang suami? apa tak cukup sempurna lagi ke isteri seperti itu? sukar bagi saya untuk mendapatkan jawapan...

jika di tanya pada lelaki yang cetek akal fikiran namun tersangat tinggi ego, mereka akan katakan jemu, sudah tidak sehaluan, badan isteri dah tak mantap dan jawapan yang paling best sekali adalah isteri "dah tak ketat". secara logiknya, isteri jadi begitu gara gara siapa? dan pernahkan para suami ini berfikir bahawa para isteri juga merasa suami mereka juga dah tak sama macam mula mula berkhawin? namun isteri terima dengan redha kerana itulah yang Allah jodohkan buat mereka dan zuriat mereka. dan cukup payah mahu terjumpa para isteri bercerita hal dalam kain rumah tangga pada kawan kawan walaupun teman karib sendiri. namun berbeza dengan para suami yang kebiasaannya bercerita sesama teman teman sama ada secara sedar atau pun tidak sedar.

biarlah isteri secantik bidadari pun, sebaik Aisyah Abu Bakar Al-Siddiq sekali pun, namun jika sang suami seorang yang buta mata dan buta hati, maka mereka akan melukakan juga hati wanita yang pernah tidur sebantal dan rela hidup susah dan senang bersama mereka. sesungguhnya walau cantik mana seorang isteri itu, sebaik mana pun mereka, itu bukan jaminan untuk tidak di tinggalkan atau pun di ceraikan.
lelaki bagi saya tak pernah puas dengan apa yang di miliki lebih lebih lagi bab yang berkaitan nafsu pada perempuan. cuma ada sesetengah lelaki bijak menangani gelora nafsu kerana berfikir mengguna akal yang waras bukan menggunakan nafsu yang buas.

buat kenalan saya itu saya berdoa semoga Allah akan permudahkan segala urusan beliau dan berharap beliau kuat dan tabah mengharungi dugaan hidup. Insyaallah...

"jangan lah bersusah hati jika
tidak mendapat kasih manusia,
kerana ia tidak abadi dan tidak sejati.
namun ketagihlah cinta Allah,
carilah kasih dan sayang-Nya,
kerana ia kekal abadi lagi sejati..."

No comments: