Monday, November 25, 2013

BUDAK ITU PART 11

-BUDAK ITU PART 11-

sedar tak sedar sesi persekolahan kembali bermula, amoi sudah masuk sekolah menengah, ada sekali dua saya akan bertembung dengan amoi yang baru balik sekolah dengan baju kurung putih biru dan kain tudung yang dah comot2. bila dia nampak saya, dia akan senyum dan cepat2 balik rumah. saya pun tidak mahu menegur kerana saya tahu amoi perlu sampai rumah cepat sebab dia nak tolong ibunya menjual kuih. cuma saya perasan amoi semakin nampak cantik dan manis. mungkin seiring dengan usianya yang semakin meningkat remaja.

sejak amoi semakin meningkat remaja, gerai jualan kuihnya semakin kerap di datangi lelaki2 muda yang mungkin datang beli kuihnya dengan dua sebab. pertama mungkin mahu beli kuih, kedua mungkin sebab  nak rapat2 dgn amoi sebab amoi blh di kategorikan anak gadis yang cantik di taman perumahan itu. kulitnya cerah, matanya cantik, bibirnya comel. pasti lelaki yang melihatnya akan sukakan dia. di tambah pulak dengan dia yang agak ramah dan sering buat orang ketawa. cuma saya perasan yang amoi bukan sebarangan anak gadis yang boleh didekati lelaki lain. pernah saya tgk mukanya masam bila melayan lelaki muda yang datang membeli kuihnya, sedangkan setahu saya dia akan tersenyum dan sentiasa memaniskan mukanya bila berdepan dgn orang yang mahu membeli kuihnya. ada satu ketika saya melihat dia membuang satu benda yang di bungkus seperti hadiah yang di berikan oleh seorang lelaki bermotor kepadanya. mungkin lelaki itu cuba mahu mendekatkan diri dengan amoi tapi amoi tak suka dan itu agaknya yang membuatkan dia buang hadiah yang diberikan kepadanya.


satu hari saya melihat kedai kuihnya agak lenggang, saya datang dekat kepadanya dan ajak dia berborak2, "awak dah masuk tingkatan 1 kan sekarang? mcm mana best tak? " dia cakap best tapi dia sedih sebab mula2 abah dia tak mahu dia pergi sekolah dah sebab abah dia kata dia bodoh dan tak guna pergi sekolah. baju sekolah pun baru jer beli lagi beberapa hari nak buka sekolah. kasut sekolah pun pakai kasut masa darjah 6. beg sekolah pun beg sekolah masa sekolah rendah. tiba2 dia bertanya "kak, kasut sekolah baru mahal tak? saya ada duit yang saya dapat masa raya, saya ingat nak beli kasut sekolah yang baru sebab kasut sekolah saya dah buruk koyak, ketat pulak tu" saya hanya diam dan tanya berapa duit yang dia ada? katanya dia ada duit lebih kurang dalam RM 15. saya tahu dengan duit yang dia ada sebanyak itu dia boleh dapat kasut baru tapi kasut tu mungkin tidak akan tahan lama kerana kualiti kasut mesti tidak sebagus kasut yang mahal sedikit harganya. saya pun cakap pada dia " cukup jer duit yg awak ada tu nak beli kasut tapi akak takut kasut awak beli tu tak tahan lama sebab kasut murah nie kualiti tak bagus sangat". dia pun cakap, dia nak kasut  yang elok supaya dapat tahan lama, dia pergi sekolah hari2 jalan kaki jadi kalau kasutnya mudah rosak nanti dia kena beli kasut baru pulak dan bukan senang dia nak minta beli kasut baru dari ibu dan abahnya.

saya bertanya pada dia apa size kasut dia pakai? dia hanya jingkitkan bahu tanda dia tak tahu. tiba2 dia tanya adakah harga kasut bergantung pada size kasut? saya gelengkan kepala, sebenarnya saya berniat mahu belikan kasut baru utk dia, sebab itu saya mahu tahu apa size kasutnya. tapi bila dia sendiri tak tahu apa size kasutnya saya terpaksa fikir cara lain utk mendapatkan size kasut utk amoi. saya balik rumah, amik benang dan datang kembali ke kedai kuih amoi dan minta selipar yang sedang amoi pakai. mulanya dia tanya utk apa nak selipar yang dia pakai? saya cakap nak ukur size kasut dia dan dia tak banyak soal terus bagi saya selipar yang dia pakai. lepas ukur saya simpan benang tu dan dia tanya saya berapa size kasut dia? saya hanya diam dan cakap kena balik rumah ukur dengan pembaris baru tahu berapa size kasut dia pakai. dia hanya diam dan mengangguk. kemudian dia kembali sibuk melayan orang yang datang membeli kuih jualannya.

keesokkan harinya saya datang berjumpa amoi di kedai kuihnya dengan kotak kasut sekolah yang baru. saya niat mahu hadiahkan amoi kasut sekolah yang baru buat dia pergi sekolah. masa saya hulurkan kasut dia berkerut tanda pelik kenapa tiba2 saya bagi dia kasut? saya cakap "hadiah" dari akak buat adik yang sangat rajin dan baik. saya suruh dia pakai dan bila dia pakai kasut tu mmg ngam2 dengan size kakinya. saya rasa kalau utk setahun kasut tu mmg boleh digunakan. terlihat sinar matanya yang bercahaya tanda gembira dan seronok kerana ada kasut sekolah yang baru dan cantik. tiba2 dia cakap "terima kasih kak, cantik sangat, kasut sekolah nie mahal kan? saya pernah tgk kawan2 saya yg anak orang2 kaya jer pakai kasut nie" terlihat di kelopak matanya bergenang air mata mungkin terlalu gembira atau teruja kerana dapat menyarungkan kasut sekolah baru yang baginya mahal dan canggih. berkali2 dia ucapkan terima kasih dan saya senang hati melihat dia terima hadiah saya tanpa banyak soal.

cuma bila menjelang petang, dia nak tutup kedai kuihnya dia tiba2 seolah2 gelisah, saya dapat melihat riak wajahnya yang seolah2 berada dalam keadaan gusar dan bermasalah. saya datang dekat kepadanya dan bertanya "awak ada masalah ker? kenapa akak nampak awak mcm tak senang duduk jer" dia jawab "kasut sekolah tu" saya suka kasut tu, saya tak sabar nak pergi sekolah esok guna kasut baru yg akak bagi tu, tapi kalau abah atau ibu tahu saya ada kasut baru mesti ibu dgn abah akan marah saya, abah mesti akan cakap saya mencuri, saya tak nak abah pukul saya kak, saya dah besar, saya malu bila kena pukul adik2 tgk dan jiran sebelah tahu saya kena pukul....

kesian amoi, dia jadi ketakutan hanya kerana kasut.... mungkin amoi akan pulangkan balik kasut tu dan akan kembali ke sekolah menggunakan kasut sekolah yang buruk dan semakin ketat di kakinya?

#InsyaAllah akan bersambung di part berikutnya#













No comments: