Thursday, April 24, 2014

BUDAK ITU PART 28

-Kisah Budak Itu Part 28-

SAYA memandang Ahmad dan Ahmad memandang saya. Kami hanya mampu terdiam tak tahu nak berkata apa. Sedih dalam hati sangat terasa kerana segala yang kami rancangkan untuk mengembirakan hati amoi tidak kesampaian. Saya pun menjemput mereka makan sebab amoi tak datang. Saya suruh Ahmad amik pinggan dan makan, Ahmad pun jemput kawan dia makan. Saya pun bangun dari sofa dan ambil cawan utk minum air tiba2 dengar pintu di ketuk.

Kami berempat terus teruja rasa nak menjerit dan saya cepat2 letak balik cawan, kawan ahmad yang baru nak amik KFC letak balik dan saya intai guna teropong dan nampak amoi di luar sana. Sepantas kilat kami bersedia melakukan seperti apa yang kami rancang. Saya buka pintu sedikit dan amoi bagi salam, saya jawab salam dan suruh amoi masuk, bila amoi buka selipar dia dan melangkah kaki dia dan menolak pintu luas kami ramai2 menyanyikan lagu "Happy Birthday" dan amoi yang nampak segalanya dgn jelas terus terduduk dan menangis.

Ahmad cepat2 pergi dekat dengan amoi dan tarik tangan amoi ke meja makan yang ada KFC dan kek yang bertulisan selamat hari jadi amoi. Ahmad suruh amoi tiup lilin sambil kawan ahmad mengambil gambar. Amoi melihat saya dan tiba2 saya lihat air matanya berjurai lagi. saya terus pergi dekat amoi dan memeluk amoi erat2. saya tahu amoi terkejut dan gembira mungkin juga tak sangka kami akan buat itu semua untuk dia. Saya lap air mata amoi dan suruh dia tiup lilin di atas kek yang Ahmad beli khas untuk amoi. amoi tiup lilin dan kemudian saya suruh dia potong kek dan letakkan dalam pinggan dan bagi pada Ahmad dan kawan2 Ahmad. Amoi menurut tanpa suara.

Masa amoi potong kek dan bagi pada saya, saya amik kek tu dan suapkan sedikit ke dalam mulut amoi, amoi bukak mulut utk disuapkan tapi bukaan mulutnya seiring dengan air matanya yang berguguran laju. saya tahu amoi sebak. saya sendiri bergenang air mata. Selesai saya suapkan amoi kek, Ahmad mengambil pinggan kek dari tangan saya dan cuba nak suapkan ke mulut amoi tapi amoi mengelak. malu. kami hanya mampu tergelak.

Bila tengok amoi kembali tenang dan air matanya sudah tidak mengalir lagi saya ajak dia makan kek dan kfc yang dia teringat nak makan selama ni. amoi makan cepat dan laju. sekejap suap kek sekejap gigit ayam. saya tahu dia takda rasa segan atau malu biar pun depan dia ada Ahmad yang dari tadi melihat dia tak berkelip. mungkin Ahmad terpesona melihat amoi yang biasa dia tengok dengan skirt atau seluar track suit bertukar wajah dengan baju kurung dan kain tudung yang di ikat di bawah dagu. Bila dia perasan saya sedang memerhati dia, dia tunduk malu. Saya faham kenapa Ahmad tengok amoi macam tu sebab bila amoi pergi mengaji, amoi memang akan nampak sangat cantik, dengan baju kurung dan kain tudung.

lebih kurang 20 minit amoi berada di rumah saya, dia tergesa2 nak balik, kami pun tidak menghalang kerana kami tahu amoi kena ada di rumah sebelum pukul 9 malam. cuma Ahmad kecewa kerana bila diminta utk bergambar berdua amoi tak mahu. mahu ambil bertiga dgn saya pun amoi tak mahu duduk sebelah ahmad. sudahnya saya yang akan menjadi orang di tengah2 antara mereka. saya tahu ahmad tak puas hati kerana dia mahu gambar berdua bersama amoi tapi amoi tak mahu.

Amoi bergegas balik dengan meninggalkan semua hadiah yang ada atas meja kerana macam mana dia nak bawak balik sebab mesti akan di tanya oleh ibu atau abahnya. kami yang faham sekadar diam cuma ahmad tiba2 menyeluk poket dan mengeluarkan satu bentuk key chain bentuk love yang tertulis selamat hari jadi. amoi ambil dan terus berlari pulang ke rumah. Kami yang ditinggal hanya dapat menarik nafas lega kerana kami dah berjaya buat amoi gembira dan dapat tunaikan impian amoi dan makan kfc dan nak sambut hari jadi ada kek yang ada tertulis namanya.

Tapi seminit kemudian amoi muncul balik depan pintu dan bila saya tanya kenapa? dia jawab, blh tak simpankan kek dan ayam tu utk dia, esok dia nak makan lagi dan suruh saya bawak ayam dgn kek tu pergi kedai dia petang esok. saya sekadar menganguk dan dia berlari balik.

Kami teruskan makan dan kawan Ahmad tiba2 bersuara...

"dia tertinggal beg mengaji dia"


#insyaAllah akan bersambung di part 29#

No comments: