Friday, April 25, 2014

BUDAK ITU PART 29

-Kisah budak itu part 29-

Saya memandang beg mengaji amoi yang terletak di atas kerusi tepi pintu. Mesti dia tergesa2 dan hanya fikir nak cepat sampai rumah hingga terlupa yang dia pergi mengaji dan mesti ada beg mengaji untuk di bawak balik. Saya tak tahu apa nak buat. Nak hantar balik ke rumahnya itu hanyalah mengundang bahaya. Saya memandang Ahmad dan saya dapat lihat wajah ahmad yang serabut. Ahmad mungkin terfikir sama seperti apa yang saya fikirkan. Amoi akan terkantoi dan akan teruk di pukul dan jika nasib tak baik, abah amoi akan muncul depan pintu rumah saya. kami hanya mampu berdoa agar segalanya selamat.

Keesokan harinya saya bangun penuh debaran di dada. saya takut jika abah amoi akan muncul depan pintu dan saya tak sanggup lihat kalau amoi di pukul hanya gara2 abahnya dapat tahu amoi tak pergi mengaji dan datang makan2 di rumah saya. saya terbayang wajah ketakutan amoi. sudahlah semua rancangan itu adalah datangnya dari idea saya. saya yang menyuruh amoi ponteng dari mengaji. Meja yang kami gunakan utk acara amoi semalam pun saya masih tak kemas sebab saya tak mahu usik hadiah yang masih cantik terletak atas meja. ntah kenapa saya rasa sayang nak kemas meja tu. saya terbayang2 yang amoi masih ada di depan meja tu sedang tiup kek dan potong kek yang ada tulis nama dia.

Saya mandi dan bersiap saya turun bawah rumah untuk keluar ke kedai cari sedikit makanan dan beli barang2 dapur. Saya lalu tepi kerusi saya terpandang beg ngaji amoi masih terletak ditempat dimana dia letak semalam. saya pegang beg tu dan saya tgk dalamnya. Sayu hati saya melihat beg ngaji amoi gunakan adalah beg plastik dari The Store yang warna tulisan semakin pudar. saya melihat isi dalamnya ada senaskah Al-Quran  yang bertanda belum sampai suku muka surat. Saya baru tahu yang amoi sudah naik Al-Quran, walau bagi saya seperti terlambat amoi mengaji Quran, tapi itu sudah cukup bagus kerana sekurang2nya amoi tahu mengaji.

Lama saya termenung diam memikirkan macam mana nasib amoi saat ini. Saya yang memikir nasib amoi rasa sayu sangat, saya terasa seperti nak pergi rumah amoi dan berterus terang tapi macam2 benda yang bermain di fikiran saya dan menghalang saya utk berbuat begitu. Jujurnya saya sendiri takut dengan abah amoi. saya terbayangkan riak wajah abah amoi yang bengis dan pula saya selalu tengok amoi lebam2 di pukul dan say amasih terbayang2 macam mana teruknya bibir amoi ditampar hanya gara2 saya bagi kasut sekolah baru pada amoi dulu. saya tak mahu amoi kena lagi hanya kerana saya.

Saat itu bermacam2 benda bermain di fikiran saya, terasa kesal juga kerana memberi cadangan supaya amoi datang rumah semata2 nak buat kejutan pada amoi. sedang saya leka memikirkan tentang amoi tiba2 saya terdengar pintu di ketuk...

serta merta darah saya berderau, saya jadi seram sejuk, saya terbayang abah amoi yang datang dan akan menyerang saya kerana mengajar amoi ponteng mengaji... lama saya diam tak buka pintu kerana cuba menenangkan hati dan sekali2 berharap ketukan itu tidak akan berulang lagi, namun ketukan itu muncul kembali, kali ini sedikit kuat dari yang permulaan tadi...

siapa? adakah abah amoi datang dan akan buat kecoh depan rumah saya? kalau betul abah amoi yang datang mesti amoi dah teruk kena pukul... Ya Allah selamatkan amoi dan kami semua, sekali lalu tiba2 hati saya berdetik mendoakan begitu...


#InsyaAllah akan bersambung dipart berikutnya#

-mohon satu like jika anda membaca part ini.  TQ-

No comments: