Sunday, April 13, 2014

BUDAK ITU PART 24

Part 24 Kisah Budak Itu 

SAYA yang meilhat air mata amoi menitik terus pegang tangan dia, saya tanya kenapa? dia hanya diam. saya rasa lehernya, masih terasa panas, amoi masih demam. saya tanya adakah dia rasa sakit kepala atau rasa tak larat? dia hanya mengangguk. saya hanya mampu menarik nafas panjang. Saya buntu macam mana mahu membantu amoi. 

Selesai amoi tutup gerai saya bawakkan dia horlick dan roti suruh dia makan kemudian makan ubat sebelum balik rumah. Amoi hanya menurut kata tanpa bantahan. sebelum dia balik saya berpesan supaya balik nanti dia terus berehat dan tidur supaya dia cepat sihat dan esok boleh ke sekolah seperti biasa. amoi mengangguk dan terus balik rumah. dalam hati saya hanya mampu berdoa supaya amoi lekas sembuh dan kembali ceria seperti biasa.

Keesokkan harinya sekitar jam 6:30 pagi saya terdengar orang mengetuk pintu dan bila saya buka kelihatan amoi lengkap berpakaian sekolah. bila saya buka pintu dan dia masuk tanpa saya pelawa, dia terus duduk di sofa dan buka tudung sekolahnya kemudian dia memandang saya sambil berkata

"kak, boleh tak saya nak tumpang tidur berehat rumah akak sebab saya demam dan kepala saya sakit, saya tak larat nak pergi sekolah"

saya terus mengangguk kepala dan amoi terus buka baju sekolahnya dan rupanya amoi sudah siap2 pakai seragam sukan sekolah. lepas dia sangkut baju kurung dia, dia terus baring sambil matanya memandang syiling . saya bertanya dah sarapan? dia mengeleng. bila saya kata saya nak keluar mencari nasi lemak atau roti canai dia sekadar mengangukkan kepala.

selesai sarapan amoi hanya diam dan saya mengambil peluang bertanya kenapa badan masih panas dan nampak dia seperti tidak cukup rehat? dia lama diam sampai saya cakap dah 2 hari tak pergi sekolah tak ada surat kalau tiba2 pihak sekolah telefon ibu abah macam mana? baru dia bercakap.

"kak boleh tak tolong tulis surat untuk cikgu saya? dah 2 hari saya tak pergi sekolah saya takut kena buang sekolah. saya bukan tak mahu pergi sekolah tapi saya sakit. nak cakap dengan ibu, ibu bukan percaya. lagi pun saya datang rumah akak sebab saya nak berehat, saya penat. semalam saya tak tidur lagi"

bila saya tanya kenapa tak tidur? awak buat apa? dia jawab, semalam dia tak tidur sebab abah marah dia sebab abah suruh dia baca buku tapi sebab dia demam dan sakit kepala dia tertidur dan bila abah tengok dia tidur abah dia marah dan abah suruh dia pegang buku, berdiri dan jangan tidur. katanya lagi dekat pukul 5 pagi baru abah suruh dia pergi tidur tapi dia tak tidur sebab dah pukul 5 kalau dia tidur nanti dia akan terlambat bangun untuk pergi sekolah.

saya yang mendengar terasa sebak dalam hati. patut nampak amoi lesu rupanya dia tak tidur. saya suruh dia masuk bilik dan tidur atas katil supaya dapat rehat dengan betul. dia terus masuk bilik dan naik atas katil, masa saya nak selimutkan dia sebab saya mula pasang air cond tiba2 amoi teresak2 menangis, saya tanya kenapa? dia kata dia tak pernah tidur atas katil, dia tidur cuma beralaskan toto dengan selimut sahaja. Dalam hati saya Allah saja yang tahu, saya cepat2 selimutkan amoi dan keluar dari bilik supaya amoi tak nampak air mata saya yang bergenang. melihat jam baru pukul 8 pagi saya berkira2 yang amoi boleh tidur sehingga pukul 12 tengahari sebelum dia bangun makan dan balik rumah.

sejam berlalu saya menjenguk amoi dalam bilik dan saya tengok dia tidur sangat lena. saya rasa suhu badannya agak kurang berbanding semalam dan amoi kelihatan benar2 lena sebab dia langsung tak sedar bila saya betulkan selimutnya dan bila saya melihat rambut amoi saya rasa sebak, rambut itu pendek gara2 saya yang memberikan kasut sekolah baru pada dia. kalau saya tidak memberi kasut sekolah padanya mungkin rambutnya tidak jadi begitu.

3 jam berlalu saya siap buatkan bubur nasi dan ayam goreng utk amoi makan sebelum amoi balik rumah. ketika saya jenguk ke bilik, saya tengok amoi masih nyenyak dan kain selimut sudah terselak dan kaki amoi sudah tidak berselimut walau air cond agak sejuk. saya cuba utk menyelimutkan kembali terlihat kesan lebam dan kesan birat dibetis kanannya. kesan dirotan. saya tahu itu adalah kesan rotan atau penyangkut baju. sampai berbekas mcm tu, sekuat manalah agaknya amoi kena rotan, apa lah agaknya salah yang amoi dah buat.

saya renung wajah amoi, saya tenung raut wajahnya hati saya jatuh kesian dan kasih pada dia. dia anak yang baik, dalam bersedih tapi dia masih mampu tersenyum dan dia sangat hebat sembunyikan kesedihan hatinya. saya sering melihat dia akan tersenyum dan ketawa apabila melayan pelanggan yang nak beli kuih karipapnya walau sebenarnya dia berada dalam keadaan berduka...

puas saya tenung wajah manis anak gadis yg lena tu tiba2 saya terasa kelopak mata saya panas...

#InsyaAllah akan bersambung di part 25#

-mohon satu like jika anda membaca part ini TQ-

No comments: