Thursday, January 29, 2009

cantik

lucu sebenarnya bila org kata saya nie tergolong dlm orang orang yang cantik.
dulu masa belum matang ada juga rasa bangga dlm diri
tp bila usia makin meningkat dan ilmu makin bertambah di dada,
rasa tu hilang, yang timbul adalah syukur dan takut.

syukur = kerana Allah kurniakan saya seraut wajah yang sedap di pandang orang.
takut = andai pujian itu akan menimbulkan riak di dalam diri.

teringat satu ketika dulu saya berjumpa dengan teman2 masa saya bersekolah menengah dahulu. jamuan hari raya. (saya bersekolah di sek men bdr baru sri petaling KL 1995-1998) kali pertama mereka melihat saya, semua diam dan hanya pandang2. sehingga tuan punya rumah yakni teman rapat saya ketika bersekolah berkata "apa hal yg korg semua diam jer? cover2 ayu dan macho" saya sendiri pun senyap. rupa2nya mereka diam sebab ragu2 adakah saya ini teman sekelas mereka dahulu ataupun orang lain.

saya tahu yang penampilan saya agak berubah kalau nak di bandingkan dengan zaman2 saya bersekolah dahulu. dulu saya agak kasar, ganas dan riuh rendah. (dalam kata lain saya nie dulu mcm lelaki sikit, pastu kuat membebel mcm mak nenek. bayangkan saya ketua kelas tp saya sendiri asyik potpet potpet. sekarang pun sama je cuma dah slow skit. hehe) tapi sekarang agak sukar teman2 mahu mengecam saya sebab saya sudah tidak berkaca mata lagi, saya sudah tidak potpet potpet lagi dan saya sudah ada ciri2 perempuan yg sepatutnya ada sebagai seorg perempuan.

teman2 pandang saya dan senyum, bila saya bersuara dan bercakap baru lah mereka kata "yelah... lobak!" (panggilan waktu2 saya sek men dahulu. sebab dorg panggil saya LOBAK adalah dari pangillan "kerek" kalau BI jd "carrot" tp mereka melayukan maka jadilah LOBAK. kan saya ckp td yg saya dulu ganas dan memang stok tak makan saman punya org) bila mereka yakin yang saya adalah "lobak" kawan sekelas mereka dahulu barulah kemesraan tu terjalin. bercerita itu dan ini, bergelak ketawa setiap kali kisah lama di kenang kembali.

sehingga seorg teman berkata " bak, aku rasa aku mcm pernah tgk muka kau dlm majalah, pakai baju pengantin. betul ker?" balas saya "kenapa? kau tak percaya kawan kau yg ganas dan buruk nie masuk majalah?" berderai tawa mereka. dari situ terbongkarlah rahsia bahawa teman mereka yang satu ketika dahulu comot, ganas, "kerek", kuat bercakap dan selalu buat hal nie menjadi seorang model. sampai terkeluar satu gurauan dari teman sekelas "nyesal aku tak tackle kau dulu, kalau aku tahu kau jd cantik macam nie, awal2 lagi aku dah tackle kau, ganas pun ganas lah" lucu pula saya mendengar gurauan sebegitu.

asyik menjamu selera, seorang teman lagi tiba. habis bersalam dia menghulur tangan sambil berkerut ke arah saya. "sapa yer? cam muka tapi lupa nama" saya senyum dan berkata " ingat tak dulu ada seorang budak pompuan dalam kelas selungkup kepala kau dgn bakul sampah beserta dengan sampah2nya sekali?" pecah ketawa satu rumah bila dia terus menjerit " LOBAK"! saya tersenyum dan mengangguk. " aku ler budak pompuan tu"

indah sungguh waktu tu, kerinduan saat2 bergelak tawa sebegitu hadir dalam diri. dan tadi sewaktu berjalan saya bertembung dengan seorg teman. saya tahu dia adalah teman sekelas saya dahulu. tertoleh2 3 4 kali baru lah dia menegur. "sek sri petaling kan dulu?" saya senyum dan bersalam. "berjumpa secara mengejut begitu tak banyak yang blh di bualkan. cuma berkali2 dia nyatakan yang saya berubah dan cukup2 buat dia ragu2 adakah betul ini saya. soalan saya "apa yang lain nya aku nie? sama jer" balasnya "tak lah, kau cantik sgt, pakai susuk ker? pemanis ker?" pecah gelak saya di tengah2 orang ramai. "maksud kau waktu sekolah dulu aku nie buruk?" dia angguk dan spontan perutnya saya cubit. rasakan! derai tawa kami meletus. berpisah dengan masing2 bertukar2 no tel.

pulang ke rumah, cermin saya hadap. bertanya2 pada sang cermin. apa lah yg lainnya? cantik 'tang' mana? cuma badan saya masih sama mcm sekolah2 dulu, tak naik. kurus kering jer.saya cuma rasa wajah saya masih sama, senyum pun sama, ketawa pun sama. sudahnya saya membuat kesimpulan yang membezakan saya dahulu dan sekarang adalah cara saya berpakaian. walau saya keluar tanpa sebarang alat makeup di muka, tapi saya akan pastikan yang pakaian saya kemas. pakaian saya sedap di pandang orang. mungkin sebab itu teman2 nampak saya berbeza dari dahulu.

lagi pula "cantik" pada pandangan saya adalah satu benda yang subjektif. cantik di mata si A belum tentu cantik di mata si B. dan cantik pula bukan sekadar pada luaran tetapi cantik juga pada dalaman. dan kerana saya tahu adakala saya di pandang cantik oleh sesetengah orang, maka saya berusaha utk menjadi seseorg yang cantik secara keseluruhan. cantik di luar mahupun dalaman. dan doa saya supaya setiap orang yang merasakan saya adalah di antara orang2 yang cantik dan tercetusnya pujian buat diri saya supaya selitkan juga doa mereka buat saya agar saya sentiasa sedar yang cantik itu adalah sementara dan pinjaman yg kuasa buat saya. doakan supaya tidak di selitkan rasa bangga, riak dan takbur dengan apa yg Allah kurniakan buat saya ini.

insyaallah...

Wednesday, January 21, 2009

pandaftaran subjek....

21 jan 2009 - pendaftaran subjek utk FAKULTI IT



:::SEDANG MENYUSUN JADUAL DAN THNX TO AZRIL SBB CANDID PIC KAMI:::




saya adalah di antara pelajar2 yg seawalnya tiba di KLMU.
semangat mahu mendaftar subjek utk semester akan datang.
sampai2 di KLMU, terus ke tingkat 3 mengambil registeration form dari lecturer IT.

Dekan bg 4 subjek. saya bercadang mahu habiskan secepatnya degree saya. kalau di izinkan yg kuasa mahu habis selewat2nya hujung tahun 2009. kalau 4 saja yg saya ambil, ini bermakna ada lg 6 subjek yg tinggal. sem depan sem pendek, mana mungkin saya mampu mengambil kesemua subjek jika sem pendek. (termenung saya fikir apa nak buat, kebetulan dekan MC)

tgh termenung2 kawan karib saya lagi dua org muncul (sue dan ekin. kami di gelar powerpuff girl KLMU, tak tahu kenapa. kununnya kami bertiga dr zaman diploma tak pernah berenggang. amik subjek pun sama2, study pun sama2, buat note pun sama2 dan sudahnya result exam pun sama2!)tp saya happy sebab kami bertiga saling membantu.

kata sepakat di ambil, kami mahu buat jadual kami sendiri. tak mahu ikut apa yg dekan tetepkan. jadi bermula lah penyusunan jadual kelas kami utk sem depan.
dr jam 10 pagi kami menyusun jadual, kejap nak amik yg ini, tiba2 tgk clash dgn kelas yg lain pula, tukar lagi, buat lg. kami sepakat nak amik 6 subjek juga. jd dr jam 10 pagi sampai jam 3:20 petang baru ler dpt satu jadual yg menepati citarasa kami bertiga.yakni - (takmo kelas mula kul 8 pagi dan takmo abis selepas kul 4:30 dan dlm seminggu ada sedikit waktu kami melakukan aktiviti "riadah" @ "co-cu" cara kami bertiga. hehe... apa xtvtnya? biarlah rahsia...)

jd tepat jam 4.35 ptg, selesai sudah satu tugas kami bertiga. jadi sem ini ambil 6 subjek dan tinggal lagi 4 subjek untuk di habiskan dlm masa 2 sem lagi. dan ini adalah jadual kelas kami yg kami susun hampir setengah hari... harapan dan doa kami agar kami kuat dan tabah utk meghadapi ke 6 6 subjek tersebut dan mampu meraih result yg gempak. insyaallah...


Development Web Based Application 1
Subject Code : BSIT502
M-12.00-2.00
W-12.00-2.00

Academic reading & persuasive communication
Subject Code : ENG800
W-2.00-3.30
TH-2.00-3.30

Visual approach to applocation development
Subject Code : BSIT401
T-12.00-1.30
TH-12.00-1.30

Software quality assurance
Subject Code : BSIT701
F-6.00-9.30

Object Oriented Programming 2
Subject Code : BSIT402
M-10.00-11.30
F-10.00-11.30

Advance database management system
Subject Code : BSIT604
W-8.30-10.30
F-2.30-4.00






:::INILAH KAWAN KARIB SAYA, SUE DAN EKIN:::

Friday, January 16, 2009

nenek dan ceriteranya



semalam saya pulang ke kampung.
bertolak seawal 8 pagi saya tiba sekitar jam 9 pagi.
(kesesakan yg teruk buat saya lambat)selalu setengah jam saya dah sampai di kampung.
( kampung saya hanya di selayang )sampai di rumah nenek, sunyi. pagar berkunci. parking kereta betul2 depan pintu rumah. salam di beri dan sepi.
erm... nie lah padahnya balik tak telefon dulu. mana pula pegi nenek nie? 3 4 kali salam di beri, baru ler bersambut, rupanya nenek baru sudah pakai baju.

pintu di buka, saya salam peluk dan cium nenek dan nenek akan menangis. dia akan dia cium pipi saya kiri dan kanan sambil berkata " kau nie mcm dah tak ada nenek, nenek tak mati lagi dah jarang dtg jenguk nenek, yelah nenek nie org tua buruk, busuk, hina" dan apa2 ler yg dia karut kan. ( biasanya air mata saya turut bergenang) kebetulan dia dah siap saya ajak dia minum pagi di luar. ( umah nenek mmg tak ada org kalau hari2 bekerja nie) dari wajah tua dia, terserlah yg dia seronok, cepat2 dia pakai anak tudung dan tutup pintu.

dalam kereta saya tanya mahu makan di mana? katanya teringin nak makan di pasar, meehoon soto. kebetulan saya juga rindukan suasana makan pagi di pasar. nenek harus di pimpin dan berjalan teramat perlahan krn mata kanannya sudah tertutup dan hanya bergantung pada mata kiri, itu pun kabur dan agak terang di sebabkan cermin mata.

dari parking ke dalam pasar sebenarnya dekat, tapi krn nenek tak larat nak berjalan laju dgn mata yg kabur, saya memimpin dan berjalan dgn langkah yg begitu kecil sekali. ( mcm pengantin )tapi saya seronok sbb nenek ceria dan senyum senyum sambil bercerita yg sudah lama tak ke pasar dan makan di pasar. ( dia bagaikan rindu utk duduk2 makan di pasar seperti waktu2 dia larat lagi )bercerita yg arwah atok juga selalu dtg ke pasar utk minum kopi dan mcm2 lagi cerita nya, sampai kdg2 saya sendiri lupa apa yg di ceritakan.

kami berdua order makanan yg sama. meehoon soto ayam dgn begedil kentang. saya teh-o ais dan nenek teh tarik. sudah meehoon soto nenek minta karipap kentang pula, saya mencari dan nenek makan, habis karipap mahu makan kuih lapis pula, mujur2 jumpa, saya bahagia tgk nenek makan sebegitu byk dan berselera. duduk2 di kedai makan sambil menghabiskan air minum nenek bercerita itu dan ini. tiba2 dia bertanya " kau dtg sini td naik apa dgn siapa?" terkedu saya kejap. ( nenek dah mula jd pelupa. sebak saya tgk dia mcm tu )

habis makan di ajak saya berjalan sekitar2 pasar. saya turutkan saja, ternampak org menjual lemang, mahu makan lemang pula. saya belikan. berjalan menuju ke kereta dia tanya lagi "kau tak makan ke ina?" ( saya senyum dgn airmata yg bergenang ) nenek nenek...

di rumah dia hanya duduk depan TV, melayan anak bapak di astro ria, rancak mulut dia bercerita. katanya dulu dia tgk anak bapak di panggung capitol. arwah atok nak tgk filem hindustan tp dia nak tgk filem melayu. saya tak tanya apa jadi bila dua org nak tgk filem yg berbeza. sambil baring2 depan TV saya terlelap. tersedar di sebabkan anak kucing peliharaan nenek yg bernama "cicak". agak hyper dan nakal. kaki saya di gosok2 dgn hidungnya yg basah. rambut saya di cakar2nya bila tgk rambut saya mengerbang di tiup angin kipas. saya yg terjerit2 ketakutan sbb takut tercalar kena kuku dia. saya lari dia kejar. nenek hanya senyum dan panggil si "cicak" yg mmg tak reti duduk diam. bila di beri makanan baru diam.

nenek berusia hampir 70 tahun, dgn anak seramai 13 org, nenek di sayangi oleh semua menantu2 dan cucu2nya yg hampir 40 org. tatkala raya umah dua tingkat nenek bagai nak runtuh di sebabkan cucu2nya akan berperang sesama sendiri. saya adalah cucu sulung nenek dan cucu yg paling bongsu baru 6-7 bulan.

waktu mahu pulang nenek masih juga keluarkan air mata waktu saya salam dan cium pipinya, sebak hati saya tgk dia mcm tu. kdg2 saya rasa baik tak payah salam sebab kalau saya salam dia pasti menangis. pesannya dtg lah lagi esok2. ( bukan saya tak mahu balik hari2 tp saya selalu fikir, kalau hari2 blk umah nenek, saya dah tak dpt nak rasa apa itu suasana balik kampung )

semoga allah tahu apa niat hati saya.

Thursday, January 15, 2009

Pusat Tuisyen MARTIN

balik dr makan malam tadi saya lalu depan rumah kedai
tgk jam dah pukul 10, kenapa ramai sangat budak2 kat bwh kedai nie?
sekali lihat remaja lingkungan 13-17 tahun.
apa pula aktiviti mereka malam2 nie?
rupa2nya baru abis tuisyen...

senyum saya tgk budak2 yg baru abis dr kelas tuisyen tu.
tau apa sbbnya saya senyum?
teringat zaman2 saya bertuisyen dulu.
seronok ada, sedih pun ada bila kenang2kan balik
macam mana saya boleh berada di tahap pendidikan setinggi sekarang nie.

sekitar tahun 2004 saya mula daftarkan diri di salah satu pusat tuisyen yg
agak terkenal di KL nie. PUSAT TUISYEN MARTIN di JALAN PUDU. betul2 satu bangunan dengan MAYBANK pudu.

saya dulu tak berpeluang nak ambik SPM di sebabkan masalah2 tertentu.
jd dari usia 16 tahun saya tidak lagi menjejakkan kaki ke sekolah.
sehingga lah usia saya 23 tahun saya kembali bersemangat untuk menjadi org yg
ada pelajaran dan meneruskan impian saya satu masa dulu. kalau tak boleh jadi peguam saya nak jadi pensyarah

jd pada tahun 2004 itu lah saya mula belajar balik, rutin harian saya berubah,
siang dan malam saya belajar bersungguh2 utk mengambil SPM. dalam masa setahun saya cabar diri saya untuk belajar subjek tingkatan 4 dan tingkatan 5 sekali gus.
walau ada yg menasihatkan supaya ambil setahun setahun, tp saya tak mahu buang masa.
dan selama setahun itu lah kawan2 saya adalah budak2 yg berumur 16 dan 17 tahun. yang saya paling rapat adalah diana daim. mana lah dia sekarang kan? dia banyak bantu saya sepanjang di pusat tuisyen MARTIN dulu.

perit mmg perit. kdg2 saya sendiri terkeliru, kelas sejarah yg saya masuk nie, tingkatan 4 ke atau tingkatan 5. namun dgn kerjasama semua cikgu2 di pusat tuisyen martin tu, saya mampu untuk teruskan cita2 saya. mereka tahu kesulitan yg saya hadapi. namun mereka sepenuh hati membantu.

hari penentu pun tiba, oral BM dan BI telah selamat saya lalui dan kini saya berdepan dengan peperiksaan SPM yg akan menentukan masa depan saya. saya masih ingat yg saya di tempatkan di sek men ST.GABRIEL di jalan kg pandan. selama SPM berlangsung di situlah saya habiskan masa dgn membaca apa yg patut.

keputusan SPM diumumkan, krn saya adalah calon persendirian result saya akan di pos ke rumah, lewat seminggu dr yg lain. namun seminggu itulah jantung saya tak pernah tenang. takut, risau, cuak dan gelabah. apa lah keputusan SPM saya nanti.
namun penantian yg mendebarkan berakhir dgn kegembiraan kerana dari 8 subjek yg saya ambil 7 darinya lulus cemerlang kecuali matametik. ( mmg saya agak lemah dlm kira2 )

Allah saja yg tahu gembiranya hati bila result SPM saya melayak kan saya utk memohon mana2 IPTA. jalan kejayaan terbentang luas di depan mata, saya cuma memilih. namun mungkin kerana bukan rezeki saya di IPTA saya menyambung DIPLOMA di IPTS (COSMOPOINT KOLEJ dulu tapi sekaarang dah di kenali dgn KUALA LUMPUR METROPOLITAN UNIVERSITY )

Dari DIPLOMA dan kini sedang menghabiskan pembelajaran ke peringkat DEGREE, saya rasa cukup gembira. satu persatu anak tangga kejayaan sedang saya daki dan akan terus saya daki sehingga KEJAYAAN akan menjadi milik saya satu masa nnt.

semoga ALLAH mempermudahkan urusan saya dalam menimba ilmu sama ada di dunia mahu pun akhirat. insyaallah...


::: buat DIANA DAIM dan semua guru2 yg pernah mengajar saya terutama di PTM jutaan terima kasih krn kalian byk memberi dorongan dan semangat utk saya berjaya walaupun agak terlewat :::

cincin rama rama II

syukur alhamdulillah
doa saya dan kawan2 di makbulkan
solat hajat saya di terima Allah.

cincin kembali tersarung di jari,
senyum kembali mengukir diri,
bunga riang membuai hati,
terima kasih pada ilahi.

cincin di temui di sekitar2 dapur lewat petang td
tatkala azan maghrib berkumandang, besarnya kuasa yg ESA.

terima kasih juga pd semua yg mendoakan
saya.

Wednesday, January 14, 2009

cincin rama rama

14 jan 09
kali pertama aku menangis utk tahun 2009 nie.
sebab? sebab cincin berbentuk rama2 bertahta kan berlian hilang dari jari dan tak tau di mana dan bila ianya terlucut dari jari. sedar2 sudah tiada di jari tangan kanan aku.

sedih sungguh hati aku, semalaman aku tak boleh lelapkan mata. air mata aku mengalir dan terus mengalir. walau hanya sebentuk cincin tapi nilai cincin tersebut benar2 buat aku ralat krn ianya hilang.

aku adalah perempuan yang tidak suka pada emas tapi minat ku adalah pada emas putih. dan cincin rama2 itulah salah satu koleksi emas putih yang cukup2 aku sayangi.

aku buat solat hajat bermohon agar cincin itu kembali berada di jari.



::: ini lah dia cincin yg aku katakan :::

PWTC

rezeki barangkali, aku di beri peluang utk mengadakan catwalk bersama2 dgn bintang2 dr akademi fantasia (AF) pada ahad lepas ( 11 jan 09 ) di PWTC sempena youth malaysia 09.
walau aku sudah biasa dgn dunia peragaan namun kerana ini pertama kali aku akan bekerjasama dgn bintang2 AF perasaan teruja bercamput gementar tu wujud.

waktu di makeup room, bintang2 tu tak sampai lagi. namun aku tau yg akan terlibat adalah DAFI, ADAM, EBI, SHAWAL, NONI dan NORA. jd sambil2 aku di makeup aku terfikir2 juga dgn siapalah yg akan aku di gandingkan.

org pertama yg tiba adalah shawal, kemudian ebi dan diikuti dgn yg lain2nya. tanggapan pertama aku hilang, mereka ramah dan tegur aku cukup baik, shwal, adam dan dafi hampir2 menyangka aku adalah MARSHA. ( kuasa allah tiada siapa blh menduga, rupa aku mmg sekali pandang ada iras2 dgn bintang AF yg satu tu )

masa pun tiba, catwalk fashion show akan bermula, aku di gandingkan dgn ebi, syukur juga krn aku tahu yg ebi juga bekas model, so mudah skit keje aku. di blkg stage aku tgk penonton mmg ramai. sampai berdegup2 jantung aku. ( aku jd mcm tak biasa berdepan dgn penonton pulak )

kemunculan aku dan ebi mendapat sorakan dr penonton, mujur2 bila atas stage gugup aku hilang dan aku blh lakukan tugasan dgn jayanya. alhamdulillah...
dan dari 6 pasangan aku dan ebi menjadi pasangan catwalk yg berjaya menambat hati juri utk memegang title "model terbaik youth 09" senyum jer kami berdua. dan sampai kini aku dan ebi menjadi kawan.





::: ebi dan ajieb yg menyakat aku di atas stage:::

final exam

final exam 2nd sem utk degree bermula dr 2 jan-9 jan 09
1st paper aku bermula 3 jan iaitu paper public speking
kemudian bersambung pd 6 jan dgn paper research methodology
kemudian di ikuti dgn paper object oriented analysis design pada 7 jan
dan 8 jan adalah paper terakhir iaitu descrete math.

spt biasa bila exam, tdo aku jd tak lena
badan aku akan rasa mcm demam tak demam
dan aku akan rasa mcm aku ada darah tinggi ( sdgkan aku pengidap Hipotensi )
pantang salah sikit hati aku cepat saja nak mengamuk ( tp dah tua2 nie aku cuba kontrol )

kala exam berlangsung aku di jangkiti demam selsema
aduh... tuhan saja yg tau, terover dos mkn ubat selsema
buat aku jawap paper research methodology dlm keadaan yg mamai,
habis2 jawab exam, aku keluar dgn air mata yg tertahan.

apa yg aku jawab td?
betul ker jawapan yg aku tulis td?
aku tak boleh nak pikir dah.
tawakal saja....

tahun baru 2009

azam - nak setelkan degree within this year

sambutan tahun baru - di rumah study coz final exam lg 2 hari.

::: tiada apa yg menarik, cuma akan ku lalui tahun 2009 ini dgn ketenangan dan ketabahan:::